Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
BMW X6 baru dilancar Sabtu
#1
[Image: pix_gal0]

BMW X6 menggabungkan dua ciri terbaik dunia iaitu pemanduan dinamik dan prestasi unggul menerusi reka bentuk menarik BMW Coup.

BMW Group Malaysia melancarkan versi dipertingkatkan model SUV Coupé paling larisnya, BMW X6 xDrive35i yang akan menjengah pasaran Malaysia bermula Sabtu ini.

Presidennya, Dr Gerhard Pils, berkata kenderaan dengan ciri inovatif dan reka bentuk berkualiti baru itu akan meneruskan sumbangannya kepada kejayaan syarikat pengeluar dari Jerman itu di negara ini.

Pencapaian bersejarah
“Dengan keseluruhan 263 unit BMW X6 berada di Malaysia sejak diperkenalkan pada Ogos 2008, BMW X6 xDrive35i ini akan terus membina kejayaan sebagai pencapaian yang paling bermakna dalam sejarah automotif negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mula diperkenalkan pada 2008, BMW X6 menggabungkan dua ciri terbaik dunia iaitu pemanduan dinamik dan prestasi unggul menerusi reka bentuk menarik BMW Coupé.

Dengan lebih 155,000 unit sudah dijual di seluruh dunia, model itu berjaya mewujudkan satu segmen tersendiri yang mendorong pesaing dalam industri automotif lain untuk cuba mengikuti kejayaan menakjubkan itu.

Sementara itu, versi dipertingkatkan BMW X6 xDrive35 menggunakan enjin tiga liter enam silinder dengan transmisi automatik lapan kelajuan mampu menjana 306 kuasa kuda (HP) dan kilasan 400 Nm.
Penampilan menarik

Ia meneruskan gaya Coupé dengan gril kontemporari baru BMW bersama-sama kerangka krom tiga dimensi selain dilengkapi penggunaan teknologi LED pertama dalam segmen itu yang memberikan penampilan lebih menarik.

Bahagian depan, model ini dilengkapi dengan lampu BMW LED penuh berkembar serta gegelung lampu tiga dimensi cahaya, manakala bahagian belakang pula, menggunakan lampu berbentuk L dengan dua kelompok cahaya LED.

Reka bentuk mewah

Bahagian dalaman model ini pula, menampilkan kombinasi mewah eksklusif unik, sport dinamik dan reka bentuk menarik dengan lima tempat duduk kulit Nevada baru.

BMW X6 xDrive35 baru itu juga menampilkan karakter dipertingkatkan dengan sistem bantuan pemandu BMW ConnectedDrive dan perkhidmatan mobiliti termasuk BMW Head-Up Display, kamera pandangan belakang dan sistem navigasi profesional selain akses Bluetooth lebih luas dan kemudahan Internet.

Harga atas jalan tidak ter-masuk insurans pada RM698,800 seunit.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
smart bm ni.. takdo duit nak boli
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
fuh ni kalau aku yg pakai mau terbeliak org kampung tgk..
Reply
Thanks given by:
#4
mantap ni...tapi 3 siri pun x mampu nak pakai kekeke
Reply
Thanks given by:
#5
Meleleh air liur... dah pegang-pegang & tengok je... jadilah... Nak beli..?? moga tuhan murahkan rezeki ku... amin...
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)