Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari
#1
JOHOR BAHRU - Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.

Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog http://www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama

[Image: image.jpg]
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
baca kat news2 tadi da tukar kan charge dia.. jadi miliki dadah plak ??
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)