Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bersugi
#1
SUNNAH YANG SERING KITA TINGGALKAN @ ABAIKAN..
Daripada Ibnu Umar RA berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Jadikanlah bersugi itu satu amalan kerana ia (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta (Allah SWT).” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim )

Daripada Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat .” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim )

Sayidina Ali RA berkata, “Miswak (bersugi) mempertajamkan ingatan.”
SIWAK atau kayu sugi (nama saintifiknya Salvadora Percice) adalah potongan ranting pokok Arok yang banyak ditemui di Tanah Arab khususnya Syria dan pedalaman Mesir. Bersiwak (bersugi) adalah sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan Baginda SAW setiap hari dan ketika.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bersiwak setiap kali sebelum menunaikan solat. Rasulullah SAW juga bersiwak (bersugi) pada waktu malam sebelum dan selepas bangun dari tidur. (Sahih Al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, An Nasai’)

Namun demikian Sunnah ini selalu ditinggalkan serta diabaikan oleh umat Islam sendiri disebabkan kurang mendalami ilmu pengetahuan Islam terutama tentang sunah Rasulullah SAW. Malah bersugi menjadi perkara yang dilakukan secara bermusim iaitu ketika Jemaah Haji pulang dari Makkah dan menghadiahkan kayu Siwak kepada keluarga dan sahabat handai.

Bersiwak adalah perubatan semula jadi yang membawa kesan positif kepada pengamalnya khusus bagi menjaga nafas, mulut serta pencernaan manusia. Ia disahkan doktor. Ini kerana kandungan asid pada kayu siwak seperti Asid Tennic, Sinnigrin serta florida yang tidak ada pada mana-mana ubat gigi, dapat membersihkan bibir dan menjaga gigi dan gusi. Ia juga membantu proses pencernaan, menguatkan penglihatan serta melancarkan suara di samping menguatkan ingatan.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya mulut kamu adalah jalan untuk melafazkan kalimah Al-Quran maka sucikanlah dia dengan bersiwak.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sebaik-baik kayu Siwak (kayu sugi) ialah kayu yang masih segar berwarna hijau dan dibasahi dengan air mawar sebelum menggunakannya. Ada sahabat bersiwak menggunakan kayu anggur namun kayu Arok menjadi pilihan Baginda SAW. (HR Ibnu Majah dan Ahmad).

Sahabat2 RA pernah melihat Nabi SAW bersugi di bahagian lidahnya dengan mengenakan siwak berulang kali pada semua bahagian gigi atas dan bawah serta dibersihkan setiap sekali setiap dua atau tiga hari
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)