Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kes Stephanie Foray: Si mati mungkin dirogol - Pakar forensik
#1
KUANTAN - Pakar Forensik Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray dirogol sebelum atau selepas kematiannya.

Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berkata kemungkinan itu boleh berlaku setelah beliau menjalankan bedah siasat jasad si mati yang hampir reput pada 8 Ogos 2011 di HTAA dengan dibantu Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Nurliza Abdullah.

Sri Marni dalam keterangannya berkata dalam laporan bedah siasatnya Foray mungkin dirogol setelah sampel daripada kemaluannya yang dihantar ke Jabatan Kimia mengesahkan terdapat kesan air mani.

"Ini menunjukkan berlakunya hubungan seksual serta mengambil kira empat keretakan tulang berlaku di sekitar bahagian mukanya, saya tidak menolak kemungkinan si mati mungkin dirogol," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib@Hamid.

Sri Marni juga menjelaskan bahagian sulit Foray hampir tidak dapat dikenal pasti akibat proses pereputan tetapi beliau berjaya mengambil sampel daripada bahagian yang mempunyai bulu pubik.

Namun ketika ditanya Salim sama ada perlakuan seksual tersebut berlaku selepas atau sebelum Foray dibunuh, Sri Marni tidak dapat menentukannya kerana jasad si mati mengalami proses pereputan.

"Sekiranya masih ada tisu atau kulit yang belum reput, ada kemungkinan ia boleh menunjukkan sama ada hubungan seksual itu berlaku sebelum atau selepas kematian si mati," katanya.

Sri Marni memberi keterangan pada hari ke-14 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Beliau juga memberitahu mahkamah, bahawa menerusi ujian etimologi dan pereputan jasad Foray, masa kematian dianggarkan antara empat minggu hingga tiga bulan.

Dalam pada itu, Sri Marni juga memberitahu kematian Foray adalah akibat kecederaan kepala yang disebabkan oleh benda yang tumpul dan keras yang menyebabkan keretakan beberapa tulang pada bahagian muka dan tengkorak kepala mangsa.

Ketika menjawab soalan Salim, Sri Marni berkata apa-apa sahaja objek termasuk besi, kayu mahupun sebiji botol boleh menyebabkan kecederaan sedemikian sekiranya ia mempunyai permukaan yang keras dan tumpul.

"Pemeriksaan terhadap jasad Foray juga tidak menunjukkan apa-apa kesan penyakit yang signifikan yang boleh menyebabkan kematian pada masa Foray meninggal dunia.

"Ini dapat dipastikan menerusi pemeriksaan saya di bahagian organ dalaman utama contohnya jantung, paru-paru dan hati mangsa. Walaupun organ-organ berkenaan mengalami proses pereputan dan kering, kesan penyakit tidak kelihatan," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. - Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)