Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Disangkakan pistol mainan, kanak-kanak tujuh tahun maut tertembak
#1
KOTA BAHARU, 16 Jun – Kerana menyangkakan ia pistol mainan, seorang kanak-kanak tujuh tahun mati akibat tertembak di dahinya, manakala datuk saudaranya cedera parah dalam kejadian di rumah neneknya, di pekan Ketereh, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik datuk saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.

“Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32.

“Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas itu disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh, manakala Helmi, yang juga seorang kerani sekolah dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.

“Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan laporan sebagai mati mengejut,” katanya.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.

Jenazah Muhammad Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.

Menurut ibu Muhammad Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.

Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian beliau berada di luar rumah untuk mengemas meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.

“Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada,” katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata,selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.

“Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja.

“Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Muhammad Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan. – Bernama
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
al fatihah.. Dah ajal Sad
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)