Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pelanggan restoran mamak meningkat kerana Euro 2012
#1
KUALA LUMPUR: Pelanggan di restoran mamak dikatakan boleh meningkat sehingga 20 peratus sempena musim kejohanan bola sepak Euro 2012 sekarang.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, berkata peningkatan adalah bergantung kepada pasukan pilihan yang bermain seperti Sepanyol atau Jerman. "Jika ia bukan antara pasukan pilihan, peningkatan pelanggan hanya sekitar lima peratus," katanya kepada Bernama.

Tetapi dari segi keuntungan, beliau berkata, jumlah pelanggan tidak semestinya menjamin keuntungan berlipat ganda kerana kebanyakannya hanya memesan minuman.

"Minum satu cawan air untuk dua jam, tak boleh kata membawa keuntungan yang begitu baik. Ia lebih berbentuk penuhkan kedai daripada peti duit kita," kata Noorul Hassan yang berkata Presma mempunyai 2,814 ahli di seluruh negara.

Pada masa yang sama, beliau berkata meja yang dipenuhi 'kaki bola' ada kalanya menyebabkan pelanggan lain sukar mendapat tempat duduk.

"Walaupun jadual perlawanan lewat malam, ada yang datang booking tempat seawal 10 atau 11 malam," katanya.
Beliau berkata, restoran mamak yang hanya menyediakan peti televisyen untuk menonton tetap menjadi tumpuan walaupun di tempat lain turut menyediakan skrin besar.

"Ini kerana restoran mamak lebih terbuka dan santai di samping pelanggan boleh memesan pelbagai makanan dan minuman," katanya. - BERNAMA
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
mmg laku le. makan tgh2 malam. pastu dapat penyakit. Seram wooo.. Tgk berita NCD kat malaysia ni byk
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)