Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kerajaan BN memahami orang muda
#1
[Image: ne_05.1.jpg]

NAJIB (kiri) berucap di hadapan belia yang hadir pada Program #TwtUpKami anjuran komuniti laman sosial Twitter di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kemampuan untuk menepati aspirasi dan tuntutan golongan muda mampu menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan pilihan utama golongan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas beliau, apa yang paling penting adalah kerajaan memahami kehendak orang muda dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk golongan terbabit.

"Kita sanggup melakukan perubahan demi perubahan bukan sahaja dari segi dasar yang menepati aspirasi dan kehendak golongan muda, bahkan apa yang mereka mahu adalah peluang dalam bidang pendidikan, kemahiran, keusahawanan, kreativiti dan segala-galanya supaya apabila dewasa nanti, hari esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program #TwtUpKami anjuran komuniti laman sosial Twitter yang dikenali sebagai Twitter Jaya di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini semalam.

TwtUpKami merupakan perjumpaan komuniti Twitter yang pertama kali dan terbesar pernah diadakan dengan anggaran kehadiran seramai 10,000 orang.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program itu antaranya persembahan beberapa artis popular tanah air iaitu Bunkface, Estranged, Noh Hujan, OAG, Flop Poppy dan Rosevelt.

Selain itu, kejohanan futsal yang dikenali sebagai #TJFutsal2 juga diadakan dengan penampilan istimewa skuad futsal kebangsaan.

Pertandingan bola keranjang '3 on 3' iaitu #YbsCanJump juga diadakan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu serta Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan tersebut.
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)