Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Terkejut lihat fenomena air pasang ‘luar biasa’
#1
KUALA KEDAH - Penduduk sekitar beberapa kampung berdekatan gempar dengan fenomena air pasang dianggap luar biasa berikutan paras air laut yang melimpah lebih banyak sehingga masuk ke kawasan jarang dinaiki air.

Susulan kejadian itu, penduduk mungkin trauma kejadian tsunami yang pernah berlaku lapan tahun lalu di beberapa daerah seperti Kuala Muda menyebabkan penduduk melahirkan kebimbangan awal terhadap kejadian sama akan berlaku di Kuala Kedah.

Salah seorang penduduk, Zakaria Ismail, 52, berkata, kejadian serupa pernah disaksikan berlaku sekitar tahun 90an. Dia sama sekali tidak menyangka peristiwa berkenaan akan kembali berulang dan kemungkinan keadaan lebih buruk tengahari esok (hari ini).

Menurutnya, mujurlah ada pembinaan jalan tar baru dari Seberang Kota Kuala Kedah menghala ke Kuala Perlis, jika tidak lebih banyak air yang melimpah masuk ke dalam sawah padi dan merosakkan tanaman penduduk.


“Kami berharap Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) serta Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan segera untuk membaikpulih benteng penahan ombak yang sudah semakin terhakis,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, salah seorang pemilik restoran, Abdul Razak Osman, 44, berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam satu petang semalam, sewaktu dia berada di restoran untuk melihat kerja-kerja menyiapkan restoran baru berkenaan.

“Selain ombak kuat dengan air kencang semasa kejadian, air laut turut melimpah masuk ke pekarangan keliling restoran sehingga benteng penahan ombak juga tidak kelihatan pada masa itu.

“Air pasang berkenaan kelihatan surut sedikit sekitar jam 3.30 petang namun tidak sepenuhnya, kami bimbang esok mungkin keadaan lebih buruk berlaku sekiranya cuaca serta keadaan laut tidak berubah,” katanya.

Menurutnya, mengikut perancangan awal dia akan membuka restoran berkenaan selewatnya bulan Julai sebelum masuk bulan Ramadan namun disebabkan kejadian itu rancangan terpaksa ditunda.

“Saya sendiri terkejut apabila kawasan ini akan turut terlibat setelah difahamkan penduduk tempatan kejadian yang sama hanya berlaku sekitar dua puluh hingga 30 tahun lalu sahaja.

“Jika masalah ini tidak diatasi termasuk mengambil usaha menambak laut, saya percaya lebih banyak kerugian yang terpaksa ditanggung penduduk dan keselamatan penduduk tinggal berhampiran kawasan berkenaan akan terjejas,” katanya.

Katanya, air laut pasang itu turut melanda sekitar Kuala Kuar serta kawasan Pekan Kuala Kedah.

[Image: image.jpg]
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)