Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Get Adobe Flash player

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Amerika Syarikat pindah armada ke Asia
#1
SINGAPURA 2 Jun - Amerika Syarikat (AS) akan memindahkan majoriti armadanya ke rantau Pasifik menjelang 2020 sebagai sebahagian strategi baru AS yang memberi fokus kepada rantau Asia.

Ketua Pentagon, Leon Panetta berkata, keputusan untuk menempatkan lebih banyak kapal-kapal perang AS di Lautan Pasifik, selain memperbesarkan rangkaian kerjasama tentera, adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan peranan AS di rantau yang penting kepada negara itu pada masa depan.

Menjelang 2020, penempatan tentera laut akan diubah daripada pecahan 50-50 antara Pasifik dan Atlantik ketika ini kepada 60-40, katanya.

"Penempatan itu termasuk enam kapal induk, majoriti kapal perang, kapal pemusnah, kapal gempur pesisir dan kapal selam," katanya pada satu persidangan di Singapura, hari ini.

Tentera Laut AS ketika ini memiliki satu armada yang mempunyai 285 buah kapal dengan separuh daripadanya ditempatkan di Pasifik.

Walaupun jumlah keseluruhan kapal itu mungkin menurun dalam tempoh beberapa tahun akan datang kerana berikutan tekanan belanjawan, tetapi pegawai Pentagon percaya kapal tentera laut AS di Pasifik akan ditambah.

AS turut merancang menambah jumlah anggota tentera di Pasifik dan mengendalikan lebih banyak lawatan ke pelabuhan di rantau itu sehingga ke Lautan Hindi.

Panetta, hari ini menghadiri satu persidangan anjuran Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik di Shangri-La Dialogue, Singapura yang turut dihadiri pegawai-pegawai pertahanan dari seluruh rantau itu.

Kenyataan beliau itu dibuat bagi menjalin dan menjamin kerjasama antara AS dan rantau itu ekoran kebimbangan terhadap pendirian tegas China berhubung isu wilayah maritim di Laut China Selatan. - AFP
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
Tu dia.. Da mai da..
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)