Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Khas Euro 2012
#1
Thumbs Up 
JURULATIH Itali, Cesare Prandelli mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pasukan itu menarik diri daripada menyertai kejohanan Euro 2012, 9 Jun ini.

Spekulasi mengenai penyertaan Itali pada Euro 2012 semakin hangat diperkatakan selepas arena bola sepak negara itu dikaitkan dengan skandal mengatur keputusan perlawanan baru-baru ini.

Ini menyebabka 19 pemain ditahan oleh pihak polis termasuk pemain pertahanan, Zenit St. Petersburg, Criscito Domenico.

Prandelli dipetik berkata, "sekiranya keputusan menarik diri dari kejohanan Euro adalah terbaik demi dunia bola sepak, kami rela tidak mengambil bahagian."

"Ia tidak menjadi masalah untuk kami. Lagipun saya tidak suka perkara ini menjadi bualan orang.

"Dan saya lebih suka perkara ini diselesaikan dengan secepat yang mungkin," kata Prandelli.

Dalam laporan Isnin lalu, Criscito digugurkan daripada skuad kebangsaan Itali selepas pihak polis menyerbu di biliknya di kem latihan pasukan di Florence bagi membantu siasatan.

Pada masa yang sama, pihak polis turut memeriksa rekod perbankan penjaga gol, Gianluigi Buffon selepas beliau membuat pertaruhan yang besar.

Kesemua 19 yang ditahan dipercayai menerima wang bagi sindiket pertaruhan, yang ketuanya dikatakan berada di Singapura.

Daripada 19 orang itu, 10 merupakan pemain empat divisyen teratas liga Itali, sama ada yang sedang bermain ataupun bekas pemain.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
saya sokong sepanyol
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
X berapa nk minat sgt Bola ni..Game bola minat la jugak..
Reply
Thanks given by:
#4
sokong belanda Winking
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#5
Poland 1 - 1 Greece
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#6
[KEDUDUKAN TERKINI] DENMARK mempamerkan aksi garang, sekali gus membuat kejutan dengan mengatasi Belanda 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Metalist Kharkiv.

Denmark yang turun selaku pasukan bukan pilihan membuktikan kemampuan bahawa mereka juga boleh melakar kejutan.

Pada babak awal perlawanan, Belanda yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan. Pasukan ini telah menjaringkan 37 gol di peringkat kelayakan berbanding pasukan lain yang bersaing di Euro 2012 ini.

Dengan kekalahan ini Belanda perlu mengatasi Jerman atau Portugal untuk mara ke pusingan seterusnya..

Gerakan menarik yang dilakukan Micheal Krohn Dehli pada minit ke-24 berjaya menewaskan penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg untuk mendahului 1-0.

"Ia satu-satunya tindakan bahaya Denmark," kata Kapten Belanda, Mark van Bommel.

"Saya tidak tahu nak kata apa kerana tiga mata sangat penting bagi kami," katanya lagi.

Kemenangan Denmark ke atas Belanda juga detik sangat bermakna selepas separuh akhir 1992.

Perlawanan hari ini kelihatan lebih tenang berbanding persaingan pembukaan Kumpulan A antara Poland dan Greece semalam di mana berakhir dengan detik-detik dramatik dan kontroversi di Stadium Nasional Warsaw.

Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan mengasak kubu masing-masing.

Belanda yang tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, terus buntu untuk mencari gol apabila setiap percubaan yang dilakukan tersasar.

Peluang Belanda untuk mencipta gol penyamaan pada minit ke- 74 gagal dilaksanakan setelah penjaga gol Denmark berjaya menyelamatkan detik cemas itu daripada membolosi gawang.

Pada aksi tadi, anak buah Morten Olsen mencatatkan keputusan positif sekali gus mencerahkan peluang mereka ke peringkat seterusnya.

Kumpulan B akan menyaksikan perlawanan menarik antara Jerman dan Portugal, yang akan berlangsung pada jam 2.45 pagi.



Barisan pemain Belanda:
01 Stekelenburg
02 Van Der Wiel
03 Heitinga
13 Vlaar
15 Willems
06 Van Bommel
08 De Jong
10 Sneijder
11 Robben
16 Van Persie
20 Afellay


Barisan pemain Denmark:
01 Andersen
03 Kjaer
04 Agger
05 S Poulsen
06 Jacobsen
07 Kvist
08 Eriksen
21 Zimling
09 Krohn-Delhi
10 Rommedahl
11 Bendtner
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#7
Itali ikat juara bertahan Sepanyol 1-1

PENYANDANG juara Euro 2008, Sepanyol dan Itali mempamerkan permainan penuh dramatik dan berkualiti apabila menjaringkan gol tunggal masing-masing selang empat minit dalam perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan C.

Cesc Fabregas menyelamatkan maruah Sepanyol dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 - selang empat minit selepas jaringan pemain Itali Antonio Di Natale meletakkan negaranya di depan.

Sepanyol, juara bertahan, yang turun dengan misi mahu menjadi negara pertama mempertahankan gelaran juara Eropah ditentang hebat oleh Itali, yang menjadikan pertemuan ini sebagai medan untuk membalas dendam.

Pada babak awal perlawanan, Sepanyol yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.

Sebaliknya, pertahanan yang kukuh dilakukan oleh pasukan Itali berjaya mengekang asakan Sepanyol daripada membolosi pintu gawang.
Kedua-dua pasukan dilihat mengasak kubu masing-masing bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.





Sekilas fakta

- Keputusan akhir: Sepanyol (1) Itali (1)

- Pemain terima kad kuning: Jordi Alba, Arbeloa, Torres (Sepanyol) Maggio, Bonucci, Chiellini (Itali)

- Sasaran ke gawang: Sepanyol (9) Itali (6)

- Sepakan penjuru: Sepanyol (7) Itali (2)

- Hero pasukan: Cesc Fabregas (Sepanyol) Antonio Di Natale (I




Barisan pemain Sepanyol
1 Casillas
15 Sergio Ramos
17 Arbeloa
3 Piqué
18 Jordi Alba
10 Fàbregas
6 Iniesta
14 Xabi Alonso
8 Xavi
21 David Silva
16 Busquets

Barisan pemain Itali
1 G. Buffon
19 L. Bonucci
3 G. Chiellini
16 D. De Rossi
21 A. Pirlo
5 Thiago Motta
2 C. Maggio
8 C. Marchisio
13 E. Giaccherini
10 A. Cassano
9 M. Balotelli
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#8
TERKINI: Croatia kembali dahului Republik Ireland 3-1

SUSULAN pertemuan dua gergasi iaitu Sepanyol dan Itali dalam Kumpulan C, Republik Ireland dan Croatia, dua negara paling kecil dalam kejohanan Euro 2012, sedang bersaing dalam edisi kali ini.

Croatia yang memulakan sepakan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Mario Mandzukic. Republik Croatia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Sean St Ledge.

Gol kedua Croatia disumbangkan oleh Nikica Jelavic pada minit ke-43 dan seterusnya ditambah oleh Mandzukic pada separuh masa kedua, minit ke-49.

Mengambil kira keputusan seri 1-1 membabitkan Sepanyol dan Itali sebentar tadi, Republik Ireland dan Croatia sudah pasti akan mengambil peluang untuk mencatat kemenangan dan pulang dengan tiga mata penuh dalam usaha mengukuhkan kedudukan mara ke pusingan seterusnya.

Perlawanan berlangsung di Municipal Stadium, Poznan.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#9
Keputusan FT EURO 2012:
POR 2-1 NED

11' [0-1] Rafael Van der Vaart (NED)
28' [1-1] Cristiano Ronaldo (POR)
74' [2-1] Cristiano Ronaldo (POR)

DEN 1-2 GER

19' [0-1] Lukas Podolski (GER)
24' [1-1] Krohn-Dehli (DEN)
80' [1-2] Lars Bender (GER)
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)