Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nik Aziz Yakin Lebuh Raya Rakyat Dapat Disiapkan
#1
MACHANG: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Baharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat.

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di sini, Isnin.

Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak yakin kerajaan negeri dapat melaksanakan projek itu kerana ia melibatkan peruntukan besar dan pelaksanaannya di luar kemampuan kerajaan PAS.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Awang Adek Hussin pula berkata pembinaan lebuh raya melibatkan perbelanjaan yang besar dan tidak ada lebuh raya dilaksanakan oleh negeri secara persendirian.

"Walaupun ada syarikat yang mampu, ia perlu membuat pinjaman daripada bank dan bank tentunya nak tahu syarikat itu nak ambil duit daripada mana untuk bayar balik pinjaman.

"Kerajaan Kelantan hari ini pun banyak bergantung kepada kerajaan pusat dalam menggerakkan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan di Kota Baharu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya. - BERNAMA
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)