Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Yuna rugi RM5,000 kereta dipecah masuk
#1
SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Yuna, 26, mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas kereta Mitsubishi ASX miliknya dipecah masuk dalam kejadian di Subang Jaya, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kereta milik Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai itu dikatakan dipandu seorang rakannya yang juga pemain gitar bagi kumpulan muziknya, Farhan Fadzlishah atau dikenali Pa’an sebelum dibawa pulang ke rumah gitaris itu di USJ6/6N, Subang Jaya.


Menurut sumber, ketika kejadian hujan lebat dan gitaris itu terdengar bunyi bising di bahagian garaj sebelum turun ke bawah untuk memeriksa.

Apabila diteliti, Pa’an ternampak dua kelibat lelaki sedang memecahkan cermin kereta belakang milik Yuna, manakala dua lagi lelaki bermotosikal menunggu di luar pintu pagar.


Sumber berkata, kejadian samun itu menyebabkan gitar milik penyanyi baru yang juga anak didik Yuna, Diandra Arjunaidi hilang selain radio kereta milik Yuna yang turut dicuri.


Katanya, gitar milik Diandra itu dipinjam Yuna bagi menjalani satu sesi penggambaran sebelum hari kejadian.


Yuna turut berkongsi kejadian itu di dalam twitter miliknya. Antara twitter Yuna berbunyi sindiran kepada pencuri itu: “Good morning. My car window got smashed today, they took my guitars & the stereo. I hope whoever took it starts a music career. (Selamat pagi. Kereta saya dipecahkan, mereka curi gitar dan radio kereta. Saya harap sesiapa yang mengambilnya, boleh memulakan karier muzik” kata twitter itu.


“Thank you everyone for your tweets! Now it’s time for me to go to work ..without my guitar. *muka hampa* Booo. (Terima kasih semua yang tweet. Sekarang masa untuk bekerja...tanpa gitar. *muka hampa* Boo.) “Kpd yg pecah cermin kereta saya, kalau rasa mcm nak buat baik, bole tinggalkan guitar2 kat tempat sama. If can by mlm ni ah. Esok nak pakai,” kata tweet berkenaan.

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan Yuna berhubung kes itu gagal berikutan difahamkan Yuna sibuk menjalani penggambaran dan tidak mahu mengulas mengenainya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan kes itu.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
gitar pun dia curi gak ??
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)