Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rampas pakaian tiruan RM8 juta
#1
SUNGAI BULOH: Dua premis yang menjadi gudang simpanan pakaian jenama tiruan diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Serbuan jam 8 pagi itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK Selangor diketuai Pengarah Penguatkuasanya, Othman Nawang.


Othman berkata, serbuan terhadap dua premis itu dilakukan serentak selepas pihaknya mendapat aduan awam mengenai kegiatan mengedar dan menjual barangan jenama tiruan di kawasan berkenaan.

Katanya, dalam serbuan terbesar itu, pihaknya menemui lebih 250,000 helai pakaian pelbagai jenama seperti Adidas, Nike dan Polo termasuk jersi pasukan bola sepak Malaysia dan antarabangsa membabitkan nilai rampasan mencecah RM8 juta.


“Setakat ini 90 kes membabitkan serbuan barangan tiruan berjaya ditumpaskan dengan nilai rampasan mencecah RM55 juta, namun ini yang terbesar bagi KPDNKK Selangor,” katanya.


Katanya, siasatan awal mendapati, syarikat itu mempunyai lesen perniagaan sah dan menjalankan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.

“Mereka bukan saja menjual secara langsung dengan peniaga kecil-kecilan malah turut menjadi pengedar di sekitar Lembah Klang dan Selangor dengan harga antara RM15 hingga RM35 sehelai bergantung kepada jenis pakaian,” katanya.


Katanya, permintaan yang tinggi terhadap jersi berjenama sempena kempen Euro 2012 Jun ini juga memberi peluang kepada pemilik berkenaan menambah jumlah bekalan berlipat kali ganda agar dapat memenuhi permintaan pelanggan mereka.

“Barangan jenama tiruan itu dirampas bukan berdasarkan nama kelab atau pasukan bola sepak tertera sebaliknya jenama pakaian itu disahkan pengedarnya sebagai tiruan,” katanya.


Katanya, bagi individu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
baju tiruan sampai 8 juta.. Kaya gak orang yg buat biz ni Winking
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)