Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Model veteran miliki RM1b
#1
LOS ANGELES: Seorang jelitawan veteran membuat kejutan apabila diumum sebagai supermodel paling kaya mengalahkan ramai model terkemuka lain, termasuk Gisele Bundchen dan Cindy Crawford.

Berusia 48 tahun, Kathy Ireland menjadi perhatian dalam industri fesyen apabila disahkan sebagai model menerima bayaran paling lumayan di dunia.


Dalam senarai terbaru dikeluarkan Forbes, kekayaan Kathy dianggar bernilai RM1 bilion, meninggalkan Gisele di tempat kedua dengan harta RM761 juta.

Tempat ketiga diduduki Cindy (RM306 juta) dan Tyra Banks berada di posisi keempat (hampir RM273 juta).


Supermodel lain yang berada dalam kedudukan 10 teratas senarai CelebrityNetWorth.com ialah Christie Brinkley, Heidi Klum, Kate Moss, Naomi Campbell, Elle Macpherson dan Claudia Schiffer.


Kathy muncul memperagakan pakaian mandi dalam 13 edisi berturut-turut majalah Sports Illustrated sepanjang kerjayanya.

Bagaimanapun, dia mengumpul kekayaan dengan memberi lesen menggunakan namanya untuk lebih 15,000 produk, termasuk tilam dan tingkap.


Produk yang menggunakan jenama Kathy begitu berpengaruh dan menjana jualan luar biasa bernilai RM6.2 bilion setiap tahun.

Dalam temubual sebelum ini, Kathy mendedahkan rahsia kejayaannya.


“Saya agak bagus sebagai model. “Saya tidak akan anggap saya super walaupun saya pernah bekerja dengan beberapa penerbitan yang hebat,” katanya.


Menurut Kathy, pada zaman kemuncaknya, ada ramai model yang boleh dianggap supermodel.


“Saya terbabit dan berminat dengan bisnes sebelum membabitkan diri dalam bidang peragaan.


“Saya melihat pemodelan satu cara untuk seseorang boleh menyimpan wang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau memulakan perniagaan,” katanya. - TS
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
uik. byk duit. Kaya tol model2 ni
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
(02-28-2012, 03:24 AM)AVB Wrote: uik. byk duit. Kaya tol model2 ni

AVB, jom jadi model, wakakkaWinking
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)