Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kajian: 49% cenderung BN, 30% tak pasti
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LUMPUR - Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding 21 peratus mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapuan hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0, juga mendapati 30 peratus tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar.

Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12.

Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,286 pengundi di seluruh Semenanjung.

"Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13," kata penyelidik pusat itu, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di UM hari ini.

Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan parti atau perikatan yang bakal menguasai PRU13.

"Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini," kata Amer Saifude.

Paras 30 peratus yang tidak pasti ini juga sama di peringkat negeri.

Misalnya, di peringkat Selangor, 34 peratus pengundi Melayu menyatakan bahawa BN menjadi keutamaan berbanding 33 peratus memilih PR dan 33 peratus lagi pula tidak pasti.

Di kalangan pengundi Cina, 16 peratus sokong BN berbanding 49 peratus memilih PR dan 20 peratus tidak pasti.

Seramai 20 peratus pengundi di Selangor memilih BN dan 60 peratus cenderung kepada PR dan 20 peratus lagi berada dalam kategori tidak pasti.

Di Perak, 36 peratus pengundi Melayu memilih BN sebagai parti pilihan mereka dan masing-masing 30 peratus PR dan 34 peratus tidak pasti.

Berbanding di Selangor, 67 peratus pengundi India di Perak memilih BN dan hanya lima peratus memihak kepada PR tetapi yang tidak pasti pula 28 peratus.

Di Kedah juga, senario itu tidak jauh berbeza tetapi bilangan pengundi yang tidak pasti lebih kecil iaitu 24 peratus di kalangan pengundi Melayu, Cina (12 peratus) dan India (25 peratus).

Di negeri itu, 33 peratus pengundi Melayu memilih BN manakala kalangan Cina dan India pula masing-masing 38 peratus dan 65 peratus. Seramai 43 peratus orang Melayu, 50=A0 peratus Cina dan 10 peratus India memilih PR.

Bagaimanapun senario agak berbeza membabitkan Kelantan kerana 44 peratus pengundi memilih PR berbanding 27 peratus melahirkan sokongan kepada BN. Seramai 29 peratus pengundi berada dalam kumpulan tidak pasti.

Ketika ditanya mengenai signifikan bilangan pengundi tidak pasti, Amer berkata, meskipun 30 peratus pengundi mengatakan tidak pasti, sebenarnya penemuan juga menunjukkan bahawa sebahagian besar sudah membuat keputusan.

"Cuma mereka tidak mahu memberitahu parti yang menjadi keutamaan mereka. Pendirian mereka kami dapat kenal pasti menerusi jawapan kepada soalan-soalan lain berkaitan," katanya lagi.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)