Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sah, perjanjian MAS-AirAsia batal
#1
KUALA LUMPUR - Sah. Khazanah Nasional Bhd dalam kenyataan lewat petang ini mengumumkan pembatalan perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Bhd.

"Selepas lapan bulan membuat penilaian, pemegang saham bersilang menjejaskan usaha pengurusan untuk memulihkan MAS.

"Pemegangan saham bersilang itu berniat baik untuk menjajarkan kepentingan ekonomi pemegang saham utama MAS (Khazanah) dan AirAsia (Tune Air)," kata cabang pelaburan kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Setelah gagal mendapat sokongan pemegang kepentingan untuk meneruskan usaha sama itu, Khazanah berkata pihak terbabit bersetuju untuk menukar semula pemegang saham bersilang dan kembali kepada struktur asal pemegangan saham utama kedua-dua syarikat.

Pembatalan pertukaran saham akan menyaksikan Khazanah memindahkan 10 peratus atau 277,650,600 saham biasa AirAsia kembali kepada Tune Air, yang akan memindahkan pula 20.5 peratus atau 685,142,000 saham biasa dalam MAS kembali kepada Khazanah.

Transaksi ini akan dijalankan berasaskan kepada nisbah pertukaran 2.05 berasaskan harga pada masa pertukaran itu diumumkan pada Ogos 2011. MAS ketika itu RM1.60 sesaham dan AirAsia pada RM3.95.

Tiada wang tunai bertukar tangan, kata cabang pelaburan kerajaan itu.

Sementara itu, dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah MAS manakala Datuk Mohamed Azman Yahya meletak jawatan sebagai anggota lembaga pengarah AirAsia.

Pada Ogos 2011, Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF) diwujudkan bagi membolehkan MAS, AirAsia dan AirAsia X meneroka peluang bekerjasama dalam pelbagai bidang, bagi memanfaatkan kecekapan teras masing-masing dan mengoptimumkan kecekapan.

Sebagai sebahagian daripada CCF itu, Khazanah dan Tune Air menjalin perjanjian pertukaran saham bagi menjajarkan kepentingan pemegang saham utama MAS dan AirAsia, yang sekaligus akan mengukuhkan potensi kerjasama berkenaan.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)