Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga
#1
Exclamation 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.

Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terbabit di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat. - BERNAMA
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
KUALA LUMPUR - Banjir kilat melanda sekurang-kurangnya 10 kawasan di ibu negara ekoran hujan lebat sejak tengah hari tadi.
Bagaimanapun belum ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kawasan yang dinaiki air ialah di Sentul dan Salak Selatan.

"Kawasan di Sentul dinaiki air kira-kira jam 4.40 petang manakala di Salak Selatan jam 3.40 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan air sudah semakin surut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Katanya, pihaknya turut mendapat panggilan kecemasan banjir dari penduduk sekitar tetapi keadaan tidak membimbangkan.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang di sekitar ibu kota.

Dalam perkembangan lain, Pusat Kawalan Operasi Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengesahkan beberapa kawasan sekitar ibu kota dinaiki air.

Pembantu Jabatan Pertahanan Awam, Zulfadzli Ismail berkata, setakat ini berdasarkan aduan diterima dari orang ramai, beberapa kawasan yang dinaiki air iaitu, di sekitar Sentul; Salak Selatan; Taman Putra, Dang Wangi dan Tasik Permai, Ampang.

"Manakala di Hulu Klang, tiga tempat dinaiki air iaitu di Sekolah Kebangsaan Hulu Klang; Taman Keramat AU5 dan di kawasan perumahan Kemensah Height," katanya.

Sementara itu, berlaku insiden paip pecah di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru dan Pegawai JPAM sedang meninjau kawasan itu.

''Setakat ini seramai 24 orang membabitkan enam keluarga dipindahkan ke Balai Penghulu Mukim Hulu Kelang, Gombak dari dua kampung iaitu Kampung Fajar dan Kampung Kuala Ampang di daerah itu kira-kira jam 4 petang tadi.'' katanya.

Zulfadzli berkata, hujan lebat sekitar 2 petang tadi menyebabkan air Sungai Gombak melimpah mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

''Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, air semakin surut dan keadaan terkawal," katanya lagi.
Katanya, JPAM kini sedang menunggu laporan penuh daripada Pusat Kawalan Operasi JPAM Dang Wangi berkenaan banjir di sekitar ibu kota.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)