Portalkini - Bukan sekadar portal
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Gangguan Bekalan Air Di Hulu Selangor
#1
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di Hulu Selangor ekoran gangguan bekalan air yang berpunca daripada kejadian paip pecah.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata kejadian itu berlaku pada 7 pagi pada sambungan jajaran paip utama dari kolam Matang Pagar ke Hulu Selangor.

"Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kampung Kuang, Kampung Cempedak, Kampung Gombak, Kampung Melayu Sri Kundang, Taman Desa Kundang, Bandar Baru Kundang, Taman Rahmat Jaya, Taman Tasik Biru, Kawasan Industri Kundang, Kampung Permata Kundang, dan seluruh Bandar Tasik Puteri.

"Syabas menganggarkan tempoh bekalan air pulih secara berperingkat ke semua kawasan terlibat selewat-lewatnya pada jam 8 malam, Isnin," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau menasihati pengguna agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut dan sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)