Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Redah api demi tujuh kucing
#1
[Image: image.jpg]

KUALA LANGAT – Seorang pesara Mohd Shariff Ithnin, 57, sanggup masuk semula ke rumahnya yang sedang terbakar demi menyelamatkan tujuh kucing peliharaannya dalam kebakaran di Taman Seri Putra, Banting, di sini, kelmarin.

Mohd Shariff berkata, pada masa kejadian jam 5 petang itu dia sedang beristirahat di ruang tamu manakala isterinya berada dalam bilik sementara dua lagi anaknya dalam bilik di ruang atas.

Menurutnya, secara tiba-tiba dia melihat api diikuti asap keluar dari bilik kosong anak lelakinya di ruangan tingkat atas rumah berkenaan.

“Saya kemudian menjerit menyuruh ahli keluarga saya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri kerana api merebak dengan cepat.

“Selepas memastikan semua ahli keluarga selamat, saya kembali bergegas ke dalam rumah untuk menyelamatkan ketujuh-tujuh kucing peliharaan saya yang masih berada dalam rumah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan Sukarelawan Kebajikan Kuala Langat di rumahnya semalam.

Walaupun pelbagai barangan dalam rumahnya musnah terbakar yang dianggarkan kerugian hampir RM20,000, namun Shariff tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat.

Shariff berkata,dia kini menumpang di rumah anaknya dan berterima kasih kepada jiran-jiran yang prihatin dan membantu pada masa kejadian.

Sinar Harian difahamkan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Banting bergegas memadamkan kebakaran berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Kebajikan Kuala Langat, Hafez Shuriddin berharap Mohd Shariff dan keluarga tabah menempuh dugaan yang menimpa.

Menurutnya, pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan berusaha menyalurkan bantuan kepada keluarga malang berkenaan.

“Saya puji semangat kejiranan yang ditunjukkan jiran di sini dalam membantu Mohd Shariff sekeluarga ketika kebakaran berkenaan,” katanya mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Langat menyampaikan keperluan barangan kepada Mohd Shariff sekeluarga.

Turut hadir menyampaikan sumbangan Penyelaras Pusat Khidmat Dun Morib, Hasnul Baharuddin.

Sebelum itu keluarga itu dikunjungi Adun Morib, Hasiman Sidom turut menyampaikan sumbangan.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)