Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
60 IPTS gulung tikar jika mansuh PTPTN
#1
TEMERLOH – Keputusan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jika diambil, boleh menjejaskan operasi 60 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti di negara ini, sekali gus meningkatkan jumlah pengangguran.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ketiadaan pinjaman PTPTN juga menyebabkan keluarga miskin akan menanggung beban kerana terpaksa berhutang dengan pihak lain atau anak mereka tidak dapat meneruskan pengajian.

Menurutnya, cadangan memansuhkan PTPTN bukanlah idea terbaik untuk memajukan sektor pendidikan peringkat tinggi.

“Lebih menyukarkan jika pengusaha IPTS terpaksa menutup perniagaan mereka kerana pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian yang tinggi.

"Kesan tindakan itu menyebabkan sektor pendidikan negara kucar-kacir, di samping meningkatkan kadar pengangguran kerana IPTS terpaksa ditutup.

"Kerajaan yakin untuk mencapai negara maju, tindakan menghapuskan PTPTN bukanlah jalan terbaik. Malah idea itu boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Peringkat Pahang di Dewan Sekolah Menengah Abu Bakar, hari ini.

Saifuddin berkata, idea menubuhkan institusi pinjaman kepada pelajar pernah disarankan oleh Prof Engku Aziz pada 1973 dan dinamakan sebagai Tabung Siswa untuk membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan kemudahan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi.

Menurutnya, idea pakar ekonomi itu ternyata amat bijak kerana kaedah tersebut boleh membantu perkembangan sektor pendidikan negara sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

“Namun pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh itu, kerajaan terkilan dengan tindakan ketua pembangkang yang berusaha untuk memansuhkannya disebabkan beliau tidak lagi dipilih sebagai pemimpin kerajaan.

“Tindakan bermuka-muka sebegini boleh menyebabkan masyarakat jelak dengan politik kotor diamalkan beliau semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai,” katanya.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
semua ni da masuk dalam sistem berantai.. Macam domino efek
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)