Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
‘Ranking penting’
#1
“RANKING penting untuk pemain dan juga maruah negara,” demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berharap skuad kebangsaan berusaha memperbaiki ranking selepas kedudukan Malaysia merosot ke tangga 156 dunia.

Beliau berkata, semua pemain dan pihak pengurusan perlu sedar betapa kedudukan Malaysia dalam ranking Fifa memberi implikasi kepada perkembangan bola sepak tanah air.


“Pemain dan jurulatih perlu tahu implikasi ranking, kalau kita tak berada di tangga 100 ke atas, pemain kita mungkin tidak dapat beraksi di Eropah pada masa depan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai senario terkini ranking negara itu.

“Memang ranking kita tak boleh jangka, walaupun kita menang bermain di peringkat Asean, ranking kita masih tidak meningkat kerana kita tidak bermain menentang pasukan yang memiliki ranking lebih baik daripada kita.


“Pasukan yang memiliki ranking lebih baik daripada kita pastinya mahu bermain dengan pasukan di ranking atas kerana mereka juga mahu meningkatkan ranking. Di sini kita kena faham bahawa hanya pasukan yang ranking di bawah yang mahu bermain dengan kita sebab mereka mahu naikkan ranking.


“Suka tak suka, kita kena main dengan pasukan yang memiliki ranking lebih baik dan kalau boleh kita perlu menang. Pemain kena berlatih dengan bersungguh-sungguh kerana kalau kita bermain dengan pasukan lebih baik daripada kita, jika kalah tidak ada maknanya,” kata Tengku Abdullah kepada pemberita selepas melancarkan produk terbaru mesin senaman Power Plate My7 di ibu negara semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan UFL Sdn Bhd, Datuk Radha Krishnan, Pengurus Asia Pasifik Power Plate International, Erica Minter, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Sieh Kok Chi dan Pengarah Eksekutif UFL, Datuk Abd Malek Noor.


Bagaimanapun apa yang disuarakan Tengku Abdullah itu tampak bercanggah dengan kenyataan pegawai badan induk itu sebelum ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal tidak panik dengan kedudukan terbaru Malaysia di tangga ke-156 dunia, penurunan paling buruk sejak Januari lalu, berbanding 148 apabila menganggap ranking tidak penting kerana ia tidak menggambarkan kekuatan sebenar Harimau Malaya.


Menurut Tengku Abdullah, beliau berharap skuad kebangsaan mampu memperbaiki ranking dengan menduduki 10 pasukan terbaik Asia biarpun mengakui sasaran sebelum ini tidak mencapai sasaran seperti diharapkan.


“Kita memang nak cuba buat sasaran tapi nampaknya hanya Piala Asia, Sukan Sea dan Piala AFF yang menjadi kayu pengukur. Kalau boleh kita tingkatkan, Jika boleh, duduki tangga ke-10 terbaik Asia dulu. Kalau saya cakap nombor satu Asia susah pula tapi memang itu hasrat kita, nak naikkan mutu bola sepak. Apapun hakikatnya, pemain dan keseluruhan pasukan mesti berusaha keras,” katanya.


Malaysia kini menduduki tangga ke-27 daripada 46 negara Asia dan skuad kebangsaan bakal beraksi dalam perlawanan antarabangsa berstatus A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, pada 28 April ini.
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)