Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
'Cikgu' Harith Iskander Minta Pelajar Bersuara
#1
[Image: harith.jpg]

KUALA LUMPUR: Jika anda tidak memahami sesuatu, sila bersuara dan bertanyakan soalan.

Pelawak dan pelakon Harith Iskander berkata, ia merupakan cara terbaik untuk menimba pengetahuan dan memahirkan bahasa baru.

“Setiap kali anda bertanyakan sesuatu perkataan yang anda tidak faham, tuliskan dan tanya kepada guru untuk mengetahui maknanya.

“Dan lebih banyak bahasa yang anda pelajari, lebih banyak peluang yang akan anda peroleh untuk berkomunikasi dengan mereka yang di luar lingkungan teman-teman,” katanya kepada pelajar Tingkatan Satu di SMK Segambut di sini, Khamis.

Harith turut terlibat dalam kelas untuk permainan improvisasi dan penyerahan komputer riba kepada pelajar-pelajar sebagai hadiah semasa beliau menghabiskan masa selama satu setengah jam mengajar bahasa Inggeris, yang merupakan sebahagian daripada Minggu Teach For Malaysia.

Beliau mengetuai kelas berkenaan bersama dengan felo Teach For Malaysia, Ratnadewi Lim Sani Sukiman Lim dan berjanji untuk kembali lagi ke sekolah itu, dalam sebulan lagi.

“Saya mahu anda menyimpan semua perkataan Inggeris yang anda pelajari dalam buku nota, dan apabila saya datang semula ke sini pada Mei, saya mahu melihat sekurang-kurangnya terdapat 50 perkataan baru,” katanya kepada para pelajar sekolah itu.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)