Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Adele individu berpengaruh dunia
#1
[Image: lu_08.1.jpg]

LOS ANGELES 19 April - Majalah Time semalam menyiarkan senarai 100 individu paling berpengaruh di dunia, melibatkan artis antarabangsa, ahli politik, ahli perniagaan, bintang sukan dan ahli akademik.

Senarai tersebut dipecahkan kepada lima bahagian iaitu kategori kaya dan berpengaruh, perintis, terkenal di muka depan akhbar, pemimpin dan ikon.

Terdapat 38 nama wanita dan 54 orang bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) yang disenarai sebagai orang paling berpengaruh di dunia.

Antara nama besar yang tersenarai termasuklah, Presiden AS, Barack Obama; bintang pelaburan, Warren Buffett; pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi; kumpulan penggodam Anonymous; penyanyi terkemuka Britain, Adele dan adik isteri Putera William, Pippa Middleton.

Dalam kategori ahli perniagaan paling berpengaruh pula, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Apple, Tim Cook; Eksekutif Facebook, Sheryl Sandberg; hartawan syarikat pakaian dalam, Sara Blakely; dan jutawan Brazil, Eike Batista turut disenaraikan.

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu; Canselor Jerman, Angela Merkel; Presiden Colombia, Juan Manuel Santos; Naib Presiden China, Xi Jinping; Presiden Myanmar Thein Sein dan pemimpin agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei, disenarai dalam kategori ahli politik paling berpengaruh.

Kategori sukan menyenaraikan lelaki kudung dua belah kaki, Oscar Pistorius yang mengimpikan bertanding dalam Olimpik London; bintang bola keranjang AS berbangsa China, Jeremy Lin dan jaguh tenis, Dovak Djokovic.

Antara nama terkenal lain yang turut disenaraikan adalah pelakon Bollywood, Salman Khan; pengasas forum pendidikan dalam talian, khanacademy.org; ahli ekonomi, Elinor Ostrom, pembuat filem Iran, Asghar Farhadi; aktres AS, Kristen Wiig dan Jessica Chastain; taikun perfileman, Harvey Weinstein dan dermawan China, Chen Lihua. - dpa
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)