Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Sempena Persembahan Kesenian
#1
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat sejak semalam hingga Sabtu ini mulai pukul 8 malam sempena persembahan 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'.

Acara itu yang akan diadakan Sabtu ini pukul 8 malam merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Polis Diraja Malaysia dalam laman Facebook memaklumkan jalan yang terlibat ialah Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato' Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Pasar Besar, Susur Bukit Aman ke Jalan Hishammuddin (Dataran Merdeka), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (Bangunan Sultan Abdul Samad).

"Bagi tujuan raptai, Jalan Raja di Dataran Merdeka ditutup kepada tiga lorong sejak Sabtu lepas hingga esok pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kecuali pada 18, 19 dan 20 April, yang mana ia akan ditutup sepenuhnya mulai 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Penutupan penuh akan dilakukan mulai awal pagi Sabtu pukul 12.01 pagi hingga 6 pagi Isnin," menurut maklumat itu.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)