Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Hard Disk Palsu Berisi Skru Panjang
#1
[Image: 20120416191737.jpg]

KUALA LUMPUR – Seorang forumer di laman web forum terkenal, lowyat.net, baru-baru ini mendedahkan satu taktik penipuan para peniaga peralatan komputer yang dialami sendiri oleh seorang rakannya di sebuah “PC Fair”.

Dia yang hanya dikenali sebagai Dennis_san memberitahu bahawa seorang rakannya telah mengunjungi PC Fair 2012 yang dipercayai berlangsung di Lembah Klang.

Menurut Dennis, rakannya telah membeli sebuah ‘hard disc’ mudah alih (portable hard disk/HDD) berkapasiti 500 gigabite dengan harga RM185 sahaja dari salah sebuah kiosk, Wins Tech Supply Ent, yang beralamat di Jalan Kuchai Lama, di sini.

Malangnya, rakannya itu mendakwa dirinya tertipu apabila HDD yang baru dibeli itu tidak boleh digunakan langsung setelah pulang untuk cuba menggunakannya dirumah.

Curiga dengan HHD yang baru dibeli itu, rakan Dennis telah membuka “portable hard disk” tersebut dan mendapati ia mengandungi dua batang besi, dua skru dan sedikit komponen USB yang dilekatkan di bahagian dalam alat penyimpan fail komputer tersebut.

Salah seorang forumer, RevolutionWorks mencadangkan kepada Dennis agar melaporkan penipuan tersebut kepada penganjur PC Fair tersebut, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan Tribunal Pengguna supaya tindakan boleh ambil dengan segera.

Berikut adalah gambar HHD itu yang disiarkan Dennis di laman forum tersebut;



sumber: mynewshub.my
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
erk gila.. Kalau tau camni. den pulang sambil lempar kat muka orang tu
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)