Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Najib: Rakyat Dan Kerajaan Perlu Saling Bekerjasama Kendalikan Kenaikan Harga Petrol
#1
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan dan rakyat perlu saling bekerjasama dalam mengendalikan isu pergantungan kepada petrol dengan sebaik mungkin.

"Tatkala kerajaan berusaha memastikan harga bahan bakar yang munasabah dan menambahbaik pengangkutan awam, kami juga meminta sokongan dan timbang rasa aanda," katanya dalam entri terbaru bertajuk "Subsidi Petrol" dalam blog 1Malaysia.com.my beliaublog.

Najib dalam entri itu menyatakan kerajaan perlu membuat keputusan dengan cepat mengenai sama ada untuk membenarkan harga dinaikkan mengikut kadar pasaran sepertimana kebanyakan negara-negara jiran atau mensubsidi RON95, mengekalkannya pada harga RM1.90 seliter berikutan kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini akibat ketidakstabilan politik di Timur Tengah.

"Saya berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan rakyat sentiasa diutamakan dalam proses kerajaan membuat keputusan.

"Kos pengangkutan membabitkan sebahagian besar perbelanjaan harian rakyat, terutamanya penduduk bandar. Oleh yang demikian, tanggungjawabnya terletak di atas bahu kami, iaitu kerajaan untuk memperlahankan dan mengendalikan kos bahan bakar yang sentiasa meningkat, tanpa menjejaskan bajet perbelanjaan lain bagi pembangunan," katanya.

Bagi mengekalkan kadar harga semasa RON95, beliau berkata kerajaan telah menaikkan subsidi petrol sebanyak hampir 10 peratus.

"Kerajaan sentiasa memberikan pertimbangan sewajarnya apabila membabitkan dasar-dasar subsidi bagi petrol RON95 kerana ia menjejaskan perbelanjaan harian rakyat," katanya.

Najib berkata penyelesaian jangka pangjang terhadap masalah kenaikan harga petrol ialah dengan mengurangkan pergantungan kepada petrol.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha keras untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam bagi menyediakan alternatif kepada pengguna kenderaan persendirian.

Setakat ini, 38 set baru tren komuter enam-gerabak telah dibeli di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Pengangkutan Awam Bandar untuk meningkatkan perkhidmatan komuter KTM, katanya.

Dua gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya kini dilengkapi dengan unit baru empat gerabak dan proses memanjangkan landasan rel juga sedang diusahakan, katanya.

Orang ramai juga kini boleh menggunakan perkhidmatan tren ETS yang kini menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Seremban ke Ipoh, dan ke Pulau Pinang dan Perlis di masa depan, katanya.

-- BERNAMA
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)