Portalkini - Bukan sekadar portal
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Malaysia Kutuk Tindakan Korea Utara Lancar Roket
#1
KUALA LUMPUR – Malaysia mengecam dengan kerasnya tindakan rejim Korea Utara kerana melancarkan roket walaupun masyarakat antarabangsa telah menyatakan kebimbangan ke atas tindakan tersebut yang mungkin melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan rejim Korea Utara itu amat dikesali dan tidak boleh diterima.

“Ia mungkin menyulitkan usaha semasa bagi mencari penyelesaian dalam meredakan ketegangan di Sememanjung Korea.

“Kami amat bimbang sekali dengan perkembangan terbaharu itu kerana ia mungkin mengancam kestabilan serantau,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra di sini.

Anifah berharap semua pihak di Semenanjung Korea akan bersabar dan tidak mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi situasi di rantau itu. – BERNAMA
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)