Portalkini - Bukan sekadar portal
Hello There, Guest! Register

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai
#1
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baru itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM.

Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.


"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baru," kata bank pusat itu.

Bank Negara menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut. - BERNAMA
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
macam mano rupo duit nih
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)