Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
500 stesen Esso hilang bisnes
#1
[Image: ne_01.1.jpg]

SEBUAH stesen minyak Esso di Taman Maluri, Kuala Lumpur terpaksa menghentikan sementara operasi selepas kehabisan minyak semalam.

KUALA LUMPUR - Masalah ketiadaan bekalan minyak RON95 dan diesel yang dihadapi oleh pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang rupa-rupanya menjadi isu besar memandangkan kes yang sama turut berlaku di kira-kira 500 stesen minyak jenama sama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, masalah tersebut menyebabkan setiap stesen minyak kerugian transaksi jualan RON95 dan diesel berjumlah RM110,000 sehari atau keseluruhannya RM55 juta jika membabitkan 500 stesen.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Esso Malaysia (EPDAM), Abd. Razak Harun berkata, keadaan tersebut menyebabkan para pengusaha stesen minyak semakin tertekan ekoran keuntungan perniagaan mereka banyak bergantung kepada hasil jualan minyak.

Menurut beliau, isu tersebut perlu ditangani segera bagi mengelak tanggapan negatif pelanggan terhadap operasi syarikat minyak itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan, Petron Corp. esok (hari ini) bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang yang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan RON95 dan diesel daripada pembekal syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lepas.

Pada masa ini terdapat lebih 3,200 buah stesen minyak di seluruh negara dengan kira-kira 500 buah di bawah jenama Esso.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)