Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sogok RM50 denda RM10,000
#1
KUANTAN - Perbuatan seorang pemandu lori memberi sogokan RM50 kepada pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengelak disaman kerana memandu lori dengan cukai jalan tamat tempoh tidak mendatangkan hasil sebaliknya RM10,000 pula yang melayang.

Sikap degilnya mendesak pegawai penguat kuasa JPJ itu supaya menerima wang tersebut walaupun diberi amaran beberapa kali memakan diri apabila dia ditahan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kebetulan turut serta dalam operasi di Kilometer 12, jalan Kuantan-Kemaman dekat sini ketika itu.

Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi 27 Mei 2011 itu mengheretnya ke mahkamah buat pertama kali pada 6 April lalu atas kesalahan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan dia memilih untuk mengaku bersalah.

Dalam sebutan kali kedua semalam, tertuduh Mat Nasir Dullah, 48, dari Bandar Cheneh Baru, Kemaman mengekalkan pengakuan bersalahnya sebelum dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda terbabit.

Keputusan dibuat Hakim Fathiyah Idris, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syafinaz Shabudin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, perbuatan tertuduh yang memandu lori tanpa cukai jalan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi mengelak disaman, tertuduh menyogok pegawai terbabit supaya perkara tersebut diselesaikan di situ dan saman tidak dikeluarkan ke atasnya.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, seorang penjual VCD warga Bangladesh, Repon Khan Mizan Khan, 30 turut didakwa atas kesalahan cuba menyogok RM3,000 kepada salah seorang pegawai polis bagi mengelak dikenakan tindakan kerana menjual 120 VCD tanpa Sijil perakuan B.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highland 7 November tahun lalu dan ditahan pegawai SPRM pada hari sama selepas pegawai polis berpangkat Inspektor membuat laporan.

Tertuduh yang sebelum ini ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 8(4) Akta Penapisan Filem didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang paling tinggi.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000, manakala 28 hingga 29 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh perbicaraan kes terbabit.
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
amekaw..elok2 saman rm300, kena rm10 ribu pulak
Reply
Thanks given by:
#3
mesti dia menangis kat situ.. haha
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
kan.. tak pasal2 kena 10k
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#5
booo, haha Winking
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)