Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Warga Emas Cemas Rumah Dihujani Ketulan Air Batu
#1
PONTIAN – Dua warga emas serta seorang cucu mereka mengalami pengalaman yang tidak akan dilupakan seumur hidup apabila rumah mereka di Pekan Sanglang di sini, ditimpa hujan air batu petang semalam.

Hujan air batu yang berlaku sebelum solat Asar itu turut mengakibatkan bumbung zink rumah mereka di bahagian hadapan, bilik serta dapur kelihatan ‘berlubang’.

Zainal Abdullah, 67, memberitahu, ketika kejadian dia bersama isteri, Halijah Kulop Razak, 65, dan cucunya, Nabiatul Syafina Jazamuddin, 15, berada di dalam rumah, manakala anaknya pergi bekerja.

“Pada mulanya kami hanya menyangka berlaku hujan lebat tanpa menyedari ia turut disertai hujan air batu apabila mendengar bunyi semakin kuat menimpa atap rumah.

“Kami sekeluarga dapat memegang ketulan air batu berbentuk kiub sebesar ibu jari kaki yang jatuh, tetapi ia cepat cair,” katanya.

Dia mengakui itu pengalaman pertama kali hujan air batu berlaku di kawasan tersebut dan hanya mampu berdoa agar hujan selama kira-kira dua jam cepat berhenti bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Halijah pula memberitahu, ketika kejadian dia sedang memasak burasak, sejenis makanan tradisional kaum Bugis untuk hidangan anak-anaknya yang ingin menziarahi mereka.

“Pada awalnya, bunyi tersebut tidak kuat tetapi lama kelamaan semakin banyak dan bunyi ketulan air batu yang jatuh itu semakin kuat kedengaran,” katanya.

Dia ingin keluar dari rumah untuk melihat sendiri hujan air batu itu, tetapi membatalkan niatnya kerana takut ditimpa ketulan air batu berkenaan.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
Dekat ngan rumah den tu..sebelah kampung je. wakaka
Reply
Thanks given by:
#3
teringat dulu2 mak tadah hujan batu pastu makan Winking
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
#4
(04-10-2012, 03:13 AM)AVB Wrote: teringat dulu2 mak tadah hujan batu pastu makan Winking

hujan batu tu mcm ais jugak ke?
Reply
Thanks given by:
#5
[Image: images?q=tbn:ANd9GcRRFz_rO-Dlr3z54oKb10t...eeiLRbn3tP]

Aa. Tp ketul2 camtu la
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)