Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pokok Pisang Dan Kegunaannya
#1
Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya. Jom kita tengok kelebihan pokok pisang ni dari pangkal sampai la ke hujung.

Yang pertama, pucuk pisang @ pisang muda digunakan untuk membuat membalut lemang.

Yang kedua,Daun yang tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka dan macam-macam lagi.

Yang ketiga,Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin(orang melaka selalu gunakan).

Yang keempat, Jantung pisang boleh sayur dan ulam tapi bukan semua pisang boleh dimakan jantungnya.

Yang kelima, Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja, boleh dibuat kek atau lepat, direbus dan digoreng. Pisang boleh dibuat gulai juga.

Yang keenam, Zaman hang Jebat di Singapura, Batang pisang dibuat benteng serangan ikan todak di Singapura. Batang pisang juga boleh dibuat rakit, Di Melaka, batang pisang dibuat perhiasan bunga telur dihari perkahwinan. Batang pisang dipotong 1 meter lebih atau boleh juga dihiris kecil-kecil dan dijemur dibuat tali untuk mengikat. Batang pisang juga dulu diguna oleh orang kampung untuk membuat alas kepala untuk memandikan jenazah.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)