Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ana, Naim nikah esok
#1
[Image: pix_middle]

BERGELAR raja sehari pastinya memberikan kenangan manis seumur hidup. Pengalaman sangat berharga ini bakal ditempuh penyanyi berbakat besar, Ana Raffali yang akan bernikah dengan pilihan hatinya, Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30.

Mereka dijangka melang�sungkan acara pernikahan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, esok disusuli persandingan.

Ketika bersua dengan pe�nyanyi berimej baju kurung ini bersama bakal suami dalam satu acara hiburan di Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka kelihatan bahagia berdua ke mana saja apatah lagi menghitung hari bersejarah untuk disatukan.

Di kalangan rakan artis dan pihak media, kehadiran Naim di sisi Ana bukan suatu yang asing kerana mereka sering kelihatan bersama dalam pelbagai acara. Malah, Naim banyak membantu menguruskan jadual aktiviti seni Ana sejak berkecimpung dalam bidang seni ini.


Seperti pasangan lain yang akan berumahtangga, sudah tentu Ana dan Naim juga sibuk membuat persiapan untuk memastikan majlis mereka berjalan lancar.


Apa yang menarik, Ana sudah membawa imej baru iaitu bertudung ketika ini. Ditanya perubahan itu, Ana menyatakan niatnya untuk bertudung bukan semata-mata mahu menamatkan zaman bujang sebaliknya atas kerelaan sendiri.

“Sebenarnya saya tergerak hati bertudung sejak sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Ketika itu, saya mempunyai suatu perasaan yang mendorong saya ke arah perubahan itu.

“Alhamdulillah, saya sudah tampil dengan imej baru ini dalam beberapa persembahan baru-baru ini dan nampaknya saya selesa dengan imej ini. Soal persiapan, segala berjalan lancar mengikut apa yang kami rancangkan.

“Sebenarnya, majlis persandingan ini dibuat secara sederhana untuk meraikan kenalan dan tetamu yang datang. Kami menjemput 1,000 tetamu dan berharap segala selamat dilangsungkan,” katanya.

Ana yang juga tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 akan menggunakan khidmat pelakon Neelofa untuk rekaan kasut istimewa dan dua pereka fesyen, Ezuwan Ismail dan Safura Azali.

Sambil sibuk memberi fokus pada persiapan perkahwinan, Ana masih dalam proses me�nyiapkan album barunya yang dijangka berada di pasaran pada Mei nanti. Mempertaruh�kan single Lisa Jatuh Cinta, menariknya Ana juga mencipta satu lagu istimewa yang didedikasi khusus buat kekasihnya itu.

“Lagu Sampai Bila diinspirasikan daripada rasa cinta saya pada dia (Naim). Ia adalah luahan perasaan dalam diri saya terhadap perkenalan kami sehingga melalui episod percintaan. Soal perasaan gementar hanya timbul bila orang bertanya perasaan itu, tetapi kami masih tenang untuk menempuh hari bahagia ini.

“Saya juga bersyukur kerana kami berdua mendapat sokongan keluarga kedua-dua pihak. Kami merancang tidaklah mahu mengadakan majlis persandingan secara gah tetapi sekadar menjamu tetamu makan,” katanya yang akan bercuti seminggu selepas berkahwin.

Naim pula yang sentiasa menemani Ana, menyatakan dia sentiasa menyokong perjalanan seni bakal isterinya itu. Berusaha menjalankan tanggungjawab suami sebaik mungkin, dia juga berharap peminat terus menyokong karier seni Ana.

“Saya tidak berniat untuk menghalang Ana daripada terus menyanyi. Saya tetap menghormati kerjaya seninya dan sentiasa menyokong apa yang dilakukannya untuk berjaya dalam bidang seni,” katanya.

byk artis kawin minggu ni
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)