Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mansuh PTPTN Tidak Masuk Akal – Ibrahim Ali
#1
PASIR MAS – Cadangan sekumpulan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) untuk berhimpun bagi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April in tidak masuk akal.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perhimpunan mendesak pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka di ibu negara juga sebenarnya merupakan percaturan politik pembangkang.

“Tindakan pelajar IPT ini tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Penghapusan PTPTN tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh negara walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di sini hari ini.

Ibrahim seterusnya berkata, penghapusan PTPTN bakal mengundang banyak masalah kepada negara dengan menjejaskan sistem pendidikan dan menyebabkan negara muflis.

Menurutnya, PTPTN tidak boleh dimansuhkan kerana ia dapat mewujudkan suasana persaingan di kalangan pelajar di IPT awam dan swasta,

“PTPTN juga meningkatkan mutu pendidikan negara ke arah melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi,” katanya lagi. – mynewshub.my
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)