Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Setiausaha Tentera Laut AS Lawat Pangkalan TLDM
#1
KOTA KINABALU – Lawatan Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, Ray Mabus ke Malaysia memberi peluang kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk mempelajari teknologi tentera laut Amerika Syarikat.

Pejabat Perhubungan Awam TLDM Kota Kinabalu melalui satu kenyataan memberitahu, Mabus berada di Malaysia mulai semalam dalam rangka kunjungan rasminya selama tiga hari ke negara ini.

“Kapal tentera laut Amerika, USS Emory S.Land daripada kelas Submarine Tender dan USS Louisville kelas Los Angeles Attack Submarine yang mengiringi Mabus berlabuh di pelabuhan Kota Kinabalu di sini sejak 2 April lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Mabus melawat Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar di sini dengan diiringi Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Kata kenyataan itu, lawatan itu antara antara lain bertujuan mengeratkan hubungan pasukan tentera laut kedua-dua buah negara.

Tambah kenyataan itu, Mabus dibawa melihat dengan lebih dekat inventori terbaru TLDM, kapal selam KD Tun Razak selain bertukar-tukar pendapat mengenai aspek ketenteraan dengan pemimpin tertinggi TLDM. – mynewshub.my
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)