Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ainul Aishah Berhenti Berlakon Sebab Tutti Fruti
#1
[Image: 7bm_ainulbusiness00.jpg]

KUALA LUMPUR – Kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada dunia perniagaanya iaitu perniagaan Tutti Fruti, pelakon Ainul Aishah, 27, mengambil keputusan untuk ‘berhenti’ seketika dari dunia lakonan.

Ainul ketika ini berpuas hati dengan perjalanan perniagaannya yang diceburi sejak setahun lalu dan merasakan keputusan itu lebih menjaminkan masa depannya.

“Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Fruti yang terletak di Bangi (Selangor) dan Nilai (Negeri Sembilan) selain sedang giat aktif dalam jualan langsung produk kesihatan.

“Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya,” kata Ainul seperti dalam portal OhVideoTV.com.

Meskipun dia kini aktif dengan kerjaya barunya, Ainul mengakui masih menerima banyak tawaran berlakon tetapi terpaksa menolak kerana tidak dapat memberikan komitmen yang penuh.

Ainul turut merasa rindu untuk kembali berlakon tetapi berjanji akan kembali ke dunia lakonan selepas perniagaannya berada dalam keadaan stabil dan dapat membahagikan masanya.

“Kalau nak cerita pasal rindu memang teringin nak kembali ke set penggambaran tetapi saya sedar tidak boleh mengejar semua perkara dalam satu masa.

“Pengorbanan perlu dilakukan dan keputusan untuk mengundurkan diri seketika daripada dunia hiburan adalah pilihan saya sendiri tetapi bukanlah untuk selamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Ainul berkata dia kini tidak lagi terikat dengan syarikat pengurusannya iaitu Aquila Emas Management selepas kontraknya tamat baru-baru ini.

Lantaran itu, dia tidak mahu menyambung kontrak dengan syarikat tersebut kerana ingin bercuti dan menguruskan perniagaan sendiri.

Ainul sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai dan Skrip 7707 serta beberapa drama tempatan.
[Image: banner468x60.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)