Portal Komuniti Informasi Malaysia Terkini
Hello There, Guest! Register Login with Facebook

Get Adobe Flash player

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bachan kembali selepas pembedahan
#1
Mumbai, INDIA - Lagenda Bollywood, Amitabh Bachan dilaporkan kembali ke rumah hari ini selepas selamat menjalani pembedahan abdomen di Hospital Seven Hills, sebuah bandar di barat Mumbai pada 11 Februari lalu.

Pelakon veteran itu bagaimanapun terpaksa berada di hospital untuk rawatan lanjut berikutan rasa sakit teruk di perut.

Menurut kenyataan yang dipetik dari blog Bachan, beliau berasa gembira dengan suasana selesa di rumah.

"Saya seronok kembali dan berasa selesa di rumah. Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan saya," katanya yang dipetik dari laman Twitter pada pagi ini.

Pelakon berusia 69 tahun yang berlakon lebih dari 180 buah filem dikatakan mempunyai sejarah penyakit di bahagian perutnya.

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak selesa dengan kesan pembedahan dan kesakitan yang ditanggung secara berterusan, namun tetap bertahan dan percaya beliau akan pulih tidak lama lagi.

"Saya percaya bahawa rahmat Tuhan dan doa keluarga telah memberikan saya kekuatan semula," katanya.

Sebelum ini, Bachan mengalami kecederaan serius yang hampir meragut nyawanya apabila terlibat dalam adegan tembak-menembak di dalam salah satu filemnya pada tahun 1982.

Selain itu, beliau pernah berada di tahap kritikal selama beberapa bulan sebelum menjalani pembedahan di bahagian perutnya di hospital yang sama pada tahun 2005 dan kemudiannya dimasukkan ke hospital semula tiga tahun kemudian selepas mengadu sakit pada bahagian perutnya.
BUKA AKAUN FOREX ANDA DISINI | SERVIS MEMBEKAL DAN MENCETAK PERALATAN T-SHIRT WHATSAPP DI 0183991568
Reply
Thanks given by:
Advertisement


Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)