Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Natasha Hudson bakal tamat zaman jandanya
#1
5 Apr – Sudah hampir empat tahun aktres Natasha Hudson menjadi ibu tunggal kepada Nessa Helena, akhirnya Natasha akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan bernama Khalid Kamal, 33.

Menurut laporan daripada Berita Harian, pelakon berusia 29 tahun itu memberitahu mereka bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 15 April ini. Ini merupakan perkahwinan ketiga Natasha dimana dua perkahwinannya sebelum ini kandas di tengah jalan.

Bakal suami Natasha merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow dan mereka pernah berduet dalam lagu "Jika Ku Boleh Ubah Dunia", "Destiny Bersiri" dan "Salam Raya".

Natasha turut memberitahu bahawa majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup di sebuah masjid sekitar Kuala Lumpur, dan akan turut menjemput pihak media ke hari bersejarah mereka.

"Alhamdulillah saya sudah bersedia untuk hidup berkeluarga. Saya kenal dia pun sudah lama, sejak zaman persekolahan lagi,"kata Natasha.

Ketika ditanya bagaimana cinta diantara mereka berputik, pelakon yang berdarah campuran Melayu-Australia ini enggan menceritakan mengenainya.

Sebelum ini, perkahwinan pertama pelakon filem "Chermin" ini dengan seorang ahli perniagaan tidak bertahan lama apabila mereka becerai selepas lima bulan berkahwin, manakala perkahwinan kedua Natasha bersama seorang ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007 hanya bertahan dua tahun sahaja sebelum mereka bercerai.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)