Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Maxis Terima Anugerah Pascabayar Terbaik
#1
KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad (Maxis) menerima anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik dan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) Terbaik pada Malam Anugerah PC.com 2012 baru-baru ini.

Maxis melalui satu kenyataan media memberitahu, Anugerah Syarikat Telekomunikasi Pascabayar Terbaik itu diterima oleh Maxis selama tujuh tahun berturut-turut, manakala anugerah CSR Terbaik pula telah diterima untuk tahun ketiga berturut-turut.

“Kedua-dua anugerah tersebut diterima oleh Maxis di Hotel Furama di Bukit Bintang pada 29 Mac lalu. Maxis amat berbangga dan percaya anugerah ini bermakna pelanggan kami gembira dan mempercayai bahawa Maxis menyediakan penyelesaian terbaik untuk pelbagai keperluan mereka,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Malam anugerah PC.com 2012 merupakan majlis anugerah tahunan ke-12 dianjurkan oleh PC.com yang merupakan majalah dalam bidang ICT dan perniagaan. .

Jelas kenyataan itu, majlis itu memberi pengiktirafan kepada usaha dan penyelesaian inovatif syarikat-syarikat terbaik untuk perkakasan, perisian dan teknologi di Malaysia yang telah menyertakan produk untuk dikaji pada tahun 2011.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)