Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Bekas Kekasih Mamat Sepah Kahwin Senyap-Senyap
#1
[Image: 452012_addakahwin-a.jpg]

KUALA LUMPUR, 5 APRIL2012: Ahli kumpulan Butterfly , Nur Syuhadda atau Adda akui sengaja menyembunyikan majlis pernikahannya dengan seorang duda, Ridzuan Mohammad pada 30 Mac lalu daripada pengetahuan pihak media.

Bukan tidak mahu menghebohkan kepada pihak media serta umum, tetapi menurut bekas kekasih Mamat Sepah itu, dia berbuat demikian bagi menghormati keputusan keluarga piha suaminya yang mahukan privasi.

"Sebenarnya bukan saya tidak mahu perkara ini dihebohkan tetapi saya cuma menghormati keluarga belah pihak lelaki yang mahukan privasi.

"Namun kami bercadang untuk mengwar-warkannya selepas resepsi yang akan kami adakan untuk pihak perempuan kelak yang akan berlangsung pada penghujung Jun ini.

"Walaubagaimanapun apabila gambar perkahwinan kami telah tersebar oleh orang yang tidak bertangungjawab dan sudah ada pihak media yang bertanya saya terpaksalah menjawabnya.

"Apa-apa pun saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku,"katanya yang dihubungi oleh portal murai.com.my

Majlis resepsinya yang berlangsung di sebuah dewan yang terletak di Pulau Pinang itu hanya dihadiri oleh kurang daripada 800 orang tetamu yang terdiri keluarga dan kenalan rapat mereka.

Bercerita mengenai kisah percintaanya dengan suaminya yang berusia lewat 30-an itu, Adda memberitahu dia hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali suaminya dan terus berkahwin.

"Saya rasa ini semua kuasa Tuhan yang telah menentukan jodoh saya. Walaupun perkenalan singkat tetapi saya yakin dia jodoh saya selepas diperkenalkan oleh seorang kawan pada April tahun lalu.

"Malah sejak mengenalinya dia seorang yang jujur, ikhlas, mengambil berat serta bertanggungjawab terhadap diri saya.

"Saya juga berharap, dengan perkahwinan ini dapat menutup segala kisah cinta saya dengan Mamat Sepah," luahnya lagi.

Selepas bergelar isteri, Adda kini menjalani kehidupan berumah tangga di Shah Alam, Selangor bersama suaminya yang juga seorang ahli pernigaan.
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
eerrkk... bukan dia ker yg baru clash ngan mamat kes gambar nampak rambut tuh?
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)