Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dira Abu Zahar Minta Maaf
#1
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2012: Awal minggu ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita panas mengenai hos wanita popular yang telah menendang dan memijak muka seorang wanita di sebuah kelab hiburan yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Pelbagai spekulasi dan cerita mengatakan bahawa individu yang diheret serta didakwa adalah Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira iaitu pengacara sebuah rancangan hiburan sensasi.

Namun dakwaan tersebut belum disahkan mana-mana pihak termasuk mangsa yang dipijak mahupun pihak berkuasa.

Pada Isnin lalu sebuah blog popular telah menyiarkan penafian Dira berhubung dakwaan yang mengatakan pengacara itu terlibat dalam insiden tersebut dan dia mengatakan dia tiada masa untuk ke tempat sedemikian.

Malah hari ini, melalui blog yang sama telah disiarkan pula laporan pihak polis daripada mangsa berkenaan insiden berkenaan.

Sementara itu menerusi laporan akhbar The Star hari ini, Dira turut menafikan dakwaan itu kerana pada hari kejadian dia telah keluar membeli-belah bersama-sama keluarganya.

Portal murai.com.my telah menghubungi Dira untuk mendapatkan penjelasannya setelah namanya diheret dan didakwa ke dalam isu ini.

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa.

"Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira.

Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
plak. awat jadi camtu ?
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
ikut suka korang aar.... dah gi tempat hiburan.... kena pijak pun part of hiburan jugak... ekekekke
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)