Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
5 Masalah Yang Biasa Dalam Perhubungan
#1
MASALAH PERTAMA- Setelah bergelar kekasih, rasa cinta itu sudah tidak lagi sama.

Sewaktu ingin mendapatkan si dia, anda merasakan cinta itu seolah-olah bolem membunuh anda. Namun setelah anda dan dia bersama, anda dapat merasakan cinta itu tidak sehebat dulu. Ini kerana anda berada dalam situasi yang baru seperti mula mengetahui setiap baik dan buruknya dia sehinggakan ada perkara tertentu yang menyebabkan anda terpaksa menerima sikap dia yang sebenar.

Apa yang anda boleh buat:Jangan takut terhadap perubahan itu. Belajar untuk terima dia seadanya kerana tiada orang yang sempurna dalam hidup ini. Mungkin dialah yang terbaik untuk anda dan dialah yang menyempurnakan anda.

MASALAH KEDUA- Setelah berkahwin

Setiap pasangan yang bercinta mesti impikan untuk bergelar suami isteri. Bagitu juga anda. Katakan akhirnya anda berjumpa dengan pasangan ideal anda dan akhirnya anda berkahwin. Kemudian, apa yang perlu dilakukan seterusnya? Kebanyakan pasangan merasakan perkahwinan adalah garisan penamat bagi sesuatu perhubungan dan akhirnya perkahwinan itu berakhir dengan penceraian akibat tiada persefahaman dan tiada lagi cinta dalam rumah tangga.

Apa yang anda boleh buat:Garisan penamat yang sebenar adalah hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Pasang impian dan matlamat yang baru dalam perhubungan anda. Contohnya, inilah masanya untuk anda bersama-sama memenuhi segala impian anda. Hidup anda yang sebenar baru saja bermula!

[Image: happy+ever+after.jpg]

MASALAH KETIGA- Kehadiran anak pertama

Anda akan mula curiga dan cemburu terhadap pasangan anda. Contoh soalan yang akan sering berada dalam fikiran anda ialah "Apa yang dibuatnya dipejabat?" atau mungkin juga " Siapa yang selalu dia mesej kat Facebook?". Pantang kalau nampak si dia bermesra dengan orang lain! Kepercayaan makin terhakis, dan akhirnya bercerai..

Apa yang anda boleh buat:Berhenti daripada fikir perkara yang negatif. Percaya 100% terhadap. Tanpa sepenuh kepercayaan, hubungan anda tidak akan bahagia. Cemburu dan curiga memang perlu ada tetapi bukan keterlaluan. Berdoa dan serahkan saja pada tuhan. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

[Image: tumblr_l46kc3rfJN1qaaaa1o1_500_thumb.jpg?1276814806]

MASALAH KELIMA- Anda terlupa anda sudah berkahwin

Diawal perkahwinan, seks seminggu lima kali dan hubungan anda umpama pasangan yang paling bahagia dalam dunia. Beberapa tahun kemudian, seks hanya seminggu sekali. Akhirnya, tiada lagi seks dan hubungan anda tidak lebih seperti kawan baik. Tiada lagi kemesraan.. Maka mulalah masing-masing menggatal...

Apa yang anda boleh buat:Tanpa seks, anda masih lagi boleh merasakan kemesraan. Berikan si dia urutan dan sentuhan fizikal setiap hari. Anda juga boleh bercuti dan gunakan percutiaan anda itu untuk mengingat kembali saat-saat anda bersama, susah senang, dan segala halangan yang telah anda tempuhi bersama.. Jika sudah lama tidak menghargai dia, hargailah dia....

[Image: 532573_271725036247679_144541028966081_6...7256_n.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
Tu sume cobaaaan....
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)