Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Aakash dikritik teruk
#1
NEW DELHI 23 Feb. - Komputer tablet paling murah di dunia, Aakash yang diperkenalkan di India tahun lalu, dikritik selepas fasa pertama model tersebut didapati tidak berkualiti dan bermasalah.

Pengguna yang mencuba gajet tersebut mengadu terdapat beberapa masalah pada komputer tablet berharga AS$35 (RM105) itu antaranya pemproses yang terlalu lambat, jangka hayat bateri yang pendek serta skrin sesentuh yang sukar digunakan.

Aduan itu juga menyebabkan perselisihan antara pengeluar alatan teknologi tersebut, DataWind dengan institut penyelidikan kerajaan yang menyaksikan khidmat syarikat berkenaan mungkin tidak akan diperlukan lagi.

Kementerian Pembangunan Penyelidikan Manusia dijangka melancarkan satu tender baru dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi mencari rakan kongsi baru mengeluarkan Aakash.

"Walaupun syarikat itu (DataWind) telah mengeluarkan fasa pertama Aakash, ia tidak bermakna mereka juga akan mengeluarkan fasa kedua gajet itu," kata seorang pegawai kanan kementerian tersebut.

DataWind tahun lalu memenangi tender mengeluarkan 100,000 unit komputer tablet tersebut untuk kerajaan dan ia dijangka mengeluarkan lagi sejuta unit gajet itu dalam fasa kedua. Bagaimanapun ia kini terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat lain untuk pengeluaran fasa kedua.

DataWind, sebuah syarikat kecil London berkata, institut tersebut akhir tahun lalu telah mengubah spesifikasi Aakash bagi memenuhi keperluan tentera Amerika Syarikat (AS), tetapi tetap dijual pada harga sama.

Ketua Pegawai Eksekutif DataWind, Suneet Singh berkata, pihaknya membantah perkara tersebut dan projek itu tertangguh serta masih belum diselesaikan.

Aakash yang baru dikeluarkan sebanyak 10,000 unit dilihat sebagai pencapaian kejuruteraan berjimat-cermat India, yang mampu mengakhiri jurang Internet India selepas hanya satu daripada 10 individu di negara yang dihuni 1.2 bilion penduduk ini menggunakan Internet.

Produk seperti iPad keluaran Apple terlalu mahal untuk digunakan keluarga kelas pertengahan di India. - REUTERS
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
apa yg ko byr tu yg ko dpt. Nak murah tapi nak spec mcm iphone ?? Wadepak ??
Do You ?
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)