Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengacara pijak muka itu adalah Dira
#1
SELASA, 3 APRIL 2012


[Image: dira_2.jpg]

Pengacara program televisyen TV3 Melodi, Khaidhirah Abu Zahar, 28, atau lebih dikenali sebagai Dira menafikan dia merupakan personaliti yang dikaitkan dengan kes memijak muka seorang wanita di sebuah pusat hiburan semalam.

Menurut Dira, dia langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut dan menyifatkan berita mengaitkan beliau itu sebagai satu kesilapan.

"Saya tidak tahu mengapa nama saya dikaitkan dengan perkara ini. Dan kalau boleh saya juga tidak mahu memberi apa- apa komen mengenai hal ini.

"Apa yang pasti, jika kejadian ini berlaku semalam, saya ada bersama anak sedang membeli-belah jadi tidak mungkin saya merupakan personaliti berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang pengacara rancangan gosip popular dikatakan menyerang seorang wanita yang sedang meraikan majlis hari lahir rakannya di sebuah pusat hiburan dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tinggi. - Utusan
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)