Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Mabuk Laut
#1
As.alaikum kenkawan..
Sepanjang lebih 20 tahun penglibatan kawan dalam aktiviti hanyir ini hanya 10 tahun terakhir ini sahaja kawan tidak lagi mengalami mabuk laut. Mabuk yang selalu kawan alami sangat serius hinggakan hanya titisan kuning dan hijau yang sangat pahit saja keluar setitik2. Bila mabuk rasanya macam nak berhenti kelaut tetapi bila seminggu tak turun badan jadi kaku, kerja semua tak boleh buat jadi kelautlah ubatnya. Bila kelaut yang pastinya kawan akan mabuk. Bergoleklah seharian dibucu bot.
Beberapa tahun kemudian kawan mula makan ubat tahan mabuk. Ubat ini akan menjadikan kita khayal selama beberapa jam dan menjadian kita amat mengantuk dan sekiranya kita tidur alamatnya sampai ke petanglah baru bangun. Mabuk akan datang juga bila kesan ubat tersebut sudah habis. Kawan tahan juga dengan harapan mungkin satu hari bila kita sudah biasa ia akan hilang dan tak akan mabuk lagi. Tapi telahan kawan salah kerana kawan terus mabuk sehinggalah kawan berpindah ke pasir gudang johor.
Rumah kawan disini berdekatan dengan laut kong2. Sebagai kaki pancing kawan menghabiskan hari2 cuti kawan dengan memancing dikong kong menggunakan bot fiber yang kawan sewa. Laut kong2 merupakan laut yang luas juga tetapi terkurung. Ia merupakan sebuah teluk yang besar dan muara lautnya dihadang oleh pulau2 singapura. Ombak hanya akan terasa bila angin bertiup kencang jadi sepanjang memancing disini iaitu purata 2 hingga 3 kali sebulan kawan tidak pernah mabuk walaupun kadang2 kena ombak yang kuat. Beberapa bulan kawan tinggal sini kawan dipelawa turun ke mersing dan mabuk yang selama ini menghantui diri kawan sudah hilang cuma sesekali terasa pening.
Memandangkan mabuk laut merupakan masaalah kepada semua pemancing yang mana kawan sendiri sudah mengalaminya jadi kawan telah perhatikan dan buat percubaan di setiap trip kawan dengan berbagai keadah seperti lilit kangkung, tampal koyop, minum air laut dan berbagai lagi cara tetapi tidak meninggalkan kesan yang positif.
Rumusan yang kawan dapat dari pemerhatian kawan ialah:

Yang paling mujarab ialah selalulah turun dimuara, sungai atau tasik menggunakan bot kecil supaya kita dapat biasakan dengan olengan setiap minggu. Keadah ini insyaallah akan menghilangkan mabuk laut tapi kalau memang tiada masa atau tempat yang sesuai cubalah tip yang kawan berikan dibawah.

Punca2 mabuk:

1. Kurang tidur – excited akan menjadikan kita tidak dapat tidur kerana memikirkan trip dan perambut belum diikat dan peralatan yang hendak dibawa belum cukup. Beberapa malam sebelum trip kita sudah kekurangan tidur dan kebiasaannya langsung tidak tidur pada malam nak turun trip.
2. Makan makanan berempah atau makan berlebihan. Kebiasaan kita akan makan dulu sebelum turun bimbang tak dapat makan semasa memancing. Angin dari makanan berempah akan membuak didalam perut akan naik kekepala dan akan menjadikan pening manakala tekak akan terasa mual.
3. Persediaan perambut tidak disediakan dirumah. Membuat ikatan atau membetulkan ikatan diatas bot ketika air berombak akan mengakibatkan kepala pening dan akan meningkatkan peratus mabuk.
4. Asap bot boleh mengakibatkan kepala kita pening dan mabuk.

Penyelesaiannya:

1. Sekiranya masih tidak dapat tidur walaupun sudah mencuba. Cuba dapatkan ubat mabuk kenderaan yang boleh didapati difarmasi. Ia sejenis ubat tidur yang membolehkan kita tidur dangan secukupnya.
2. Makan hanya untuk alas perut seperti telor separuh masak, roti bakar atau nasi lemak sejam sebelum turun. Sediakan air gas seperti coke, 7UP dan sebagainya. Air gas boleh diminum untuk mengeluarkan lebihan angin dalam badan. Minumlah air gas dipermulaan trip untuk mengeluarkan angin.
3. Sekiranya air berombak elakkan dari menunduk muka ke lantai. Cuba arahkan pandangan ke spot yang tidak bergerak seperti pulau dan kaki langit. Sekiranya perlu buat perambut cuba buat dengan memandang ke atas untuk mengelakkan kepala pening..
4. Elakkan dari tempat yang berasap atau tempat yang berbau minyak enjin.

Sekiranya masih terasa pening dan akan muntah, makanlah buah2an manis seperti rambutan, pulasan dan oren dengan banyak supaya sekiranya muntah tekak kita tidak terasa pahit lepas muntah insyaallah kita pulih semula dan dapat teruskan memancing.
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
selamat mencuba.... :)
Reply
Thanks given by:
#3
Den punya pengalaman masa gi ke laut (ikut pakcik)

Kami pgi 3 orang, masa awal nk pgi tu siap beli makanan smua, bajet pgi berkelah..padahal pakcik den ajak tolong dia kt laut, bukan nk berkelah, tapi x pe, smpai je tgh laut, da mula dipukul ombak,,den siap pening smua, tp mjur x muntah..aritu kami guna Bubu...(alatan utk tangkap udang lipan)

ptg ok lagi, den pon letak bubu ke laut smua, time malam baru angkat..bila smpai malam je, siap hujan smua, dengan bot terumbang ambing,(naik bot kecik mase tu) den yg semangat berkobar2 masa awal nk pgi tu bila smpai time malam, duduk dalam rumah bot tu je..wakkak bukan den je, sekali sepupu den yg biasa ke laut pon x mampu nk pgi angkat bubu,

kesian tgok pakcik den sorang je angkat bubu, dah la x da peralatan letrik..teruk nk kena tarik. den dari belakang bot, merangkak nk ke depan bot, smpai depan bot x ble berdiri,,wakkaka, pkcik den cakap "x yah mai sini, pi ja tidoq dalam rumah tu",,,Winking den pon merangkak balik masuk dalam rumah n tidor dalam keadaan bor terumbang ambing tu,,teruk gila rasa cm bot nk terbalik, ladahal pakcik den cakap ni normal..


Last2 smpai jugak ke rumah, den x bole tido lansung, smpai je rumah terus tido x mandi..tido atas tilam pon masih rasa lagi macam kt laut tu..smpai la siang, baru boleh tidor..ni kali ke-2 den ke laut...yang bestnya, segala makanan, meggi, n bnyak lg kacang smua(bajet pgi berkelah) smua den x sntuh pon masa kt laut..last2 makan kt rumah je smua bnda tu..Winking
Reply
Thanks given by:
#4
Dengar kata klu makan halia pun blh gak tuk ubat mabuk laut ni :)
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)