Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pancing Tenggiri Waktu Malam
#1
Tenggiri seperti mana semua sudah tahu merupakan spesis yang agresif dan kuat. Giginya yang tajam boleh putuskan steel wire 100lb dalam keadaan tegang. Kawan dah kongsikan dengan kenkawan berkenaan memancing tenggiri diwaktu siang jadi kali ni kawan nak kongsikan bagaimana untuk memancing tenggiri diwaktu malam. Ikan tenggiri tidak nampak dalam gelap jadi kita per berikan bantuan cahaya sekiranya nak mancing ikan ini diwaktu malam yang gelap. Lampu flouresent diperlukan untuk tarik ikan kebot dan menampakkan bayangan umpan yang kita sediakan.

Umpan yang besar spt ikan Kembung, Selar, Alu2 dan Tongkol bersaiz besar lebih efektif kerana lagi besar umpan lagi jelas pada penglihatan ikan. Drift tidak sesuai dalam keadaan malam yang gelap melainkan menggunakan umpan sotong hidup kerana sotong hidup memang sudah ada cahaya sendiri diwaktu malam. Drift boleh dipraktikkan sekiranya malam tersebut bulan terang tetapi sekiranya malam gelap hanya satu keadah saja yang sesuai iaitu pancingan separuh kedalaman air dibawah cahaya lampu.

Set pancing medium dengan mainline, perambut, steel wire dan matakail berapa besarpun tidak menjadi masalah. Perambut mono sepanjang 1 meter setengah disambung ke steelwire panjang 1 kaki yang telah diikat 2 matakail jarak 6inci antara satu matakail. Gunakan tiub atau rangung dan batu ladung. Turunkan umpan separuh kedalaman air pastu biarkan ia dibawah cahaya lampu.

Pancing tenggiri diwaktu malam begini memerlukan skill yang berbeza dari waktu siang kerana ikan tenggiri waktu malam makan umpan dalam keadaan menjunjung. dimana tenggiri datang dari bawah dan makan umpan pastu dibawa naik ke atas. Bila saja perambut tegang dan tertarik ladung ia akan gigit apa yang terikat pada makanannya jadi kalau kita tak tegangkan mainline dan tak hook up waktu ini pasti perambut kita sudah putus sedangkan joran kita tak ada tanda2 umpan dimakan ikan.

Bagaimana kita nak tahu masa yang sesuai untuk buat hook up????. Cuba fahami betul2 penerangan yang kawan berikan ini. Waktu malam gelap kita kena gunakan ladung yang berat supaya umpan berada dibawah lampu yang dipasang atas bot jadi umpan betul2 kena berada dibawah bot. Bila kita menggunakan ladung yang berat hujung joran kita ada lendut sedikit kan? Hujung joran itulah yang menjadi panduan untuk kita bila masa ikan dah makan umpan dan masa yang sesuai untuk hook up. Sentiasa perhatikan lenturan hujung joran sekiranya lenturan naik menjadikan joran kita lurus seperti tiada beban menandakan tenggiri sudah junjung ladung kita jadi tegangkan tali dengan cepat sehingga terasa berat pastu terus hook up. Bila dah hook up barulah ikan dibawah itu akan agresif dan rentap pancing kita denagn kuat dan berenang laju. Layanlah seperti mana kita mancing waktu siang. Insyaallah kenkawan dapat naikkan ikan tersebut.

Ikan tenggiri yang makan malam kebiasaannya jenis yang bagak2 skala 8kg keatas jadi perlawanannya juga boleh tahan..

[Image: tenggiri.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
tenggiri makan malam la plak.... Crying
Reply
Thanks given by:
#3
best mancing ni
CETAK T-SHIRT, P.A SISTEM MAI PM CEK AREA NEGERI SEMBILAN


Reply
Thanks given by:
#4
Pancing laut xpernah try lagi. Tp dengar dr kwn2 mmg best :)
Reply
Thanks given by:
#5
masak asam pedas best ni Winking
[Image: tR3hR.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)