Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 1 Vote(s) - 5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Budak Patah Tangan Terkena Bola Rembatan Rooney
#1
[Image: Wayne-Rooney-007.jpg]

LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney memohon maaf kepada seorang kanak-kanak, Jamie Thomas yang patah pergelangan tangan akibat terkena bola rembatannya ketika pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan Liga Perdana Inggeris di Wolverhampton Wanderers, Ahad lalu.

Thomas, yang berasal dari Wem, Shorpshire, berada di Molineux untuk menyaksikan pasukan kesayangannya, United buat kali pertama.

Malangnya, belum sempat menyaksikan perlawanan tersebut, dia mengalami kecederaan apabila mengangkat tangannya untuk menepis bola sesat rembatan bintang England itu yang terbang ke arahnya.

“Saya meminta maaf kepada Jamie Thomas. Saya telah menyediakan satu surat dan sehelai jersi yang saya tandatangani untuk dihantar kepada alamat rumahnya,” tulis Rooney dalam akaun Twitter kelmarin.

Bapa kanak-kanak tersebut, Andy berkata insiden yang menimpa anaknya berlaku ketika pemain United sedang memanaskan padang.

“Ketika itu Rooney dan (Javier) Hernandez melakukan beberapa sepakan.

“Tanpa diduga sepakan Rooney tersasar dan bola tepat menghala ke arah Jamie. Dia bertindak balas dengan mengangkat tangan untuk menepis bola daripada mengenainya dan akibatnya, pergelangan tangannya patah.”

Thomas menerima rawatan daripada pasukan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.

Rooney berkata, dia tidak tahu insiden terbabit ketika itu. – REUTERS[/size]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
dengan budak2 pun ang buat gila.. sengal
utamamm dad datdat padam..madhyam padam thuchuk thuchuk
khanishtham thudthudiii padam..sursuria pran khatkam..!!!!


[Image: TTU3tZW.jpg]
Reply
Thanks given by:
#3
bola pi cam peluru ni
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)