Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pekerja restoran dari Malaysia dilaporkan hilang di Hat Yai
#1
Sad 
KANGAR: Seorang pekerja restoran dari Kuala Kedah dilaporkan hilang dalam kejadian letupan bom di bangunan Hotel Lee Gardens Plaza di bandar Hat Yai semalam, yang mengorbankan 10 mangsa termasuk seorang rakyat Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata Tan Peng Chan, 39, gagal ditemui selepas kejadian pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) itu dan keluarga mangsa memaklumkan tentang kehilangan itu hari ini.

Katanya keluarga mangsa akan melakukan pengecaman satu mayat di Hospital Songkhla Nagarind esok.

Setakat ini, seorang rakyat Malaysia, Low Thian Hock, 46, dari Kulim, Kedah, terbunuh dan 27 lagi rakyat Malaysia cedera termasuk 11 mengalami kesan terbakar yang serius antara 30 hingga 50 peratus.

Mohd Aini berkata mayat Low akan dihantar pulang esok.


Katanya dua pelancong wanita, K Sagunthala, 34 dan Mini Ng, 35, dibenarkan pulang hari ini selepas mendapat rawatan di Hospital Rajyindee. - Bernama
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)