Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Azza Elite & Azlan Selamat Bergelar Suami Isteri
#1
Dengan 3 kali lafaz, Azza Elite telah selamat dinikahkan bersama Azlan Bin Zulaily dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai tepat jam 5.30 petang. Azza telah diwalikan oleh bapanya, Zawari Bin Abdul Aziz dan dinikahkan oleh jurunikah merangkap pentadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Abdul Hakim Bin Abdul Rahman Al-Hafiz.

Majlis yang berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa ini dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan juga kawan-kawan rapat. Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis pernikahan ini termasuklah Rozita Che Wan, Umie Aida, Shasha Sahidin dan Watie Elite.

Majlis ini berlangsung sederhana dan pihak lelaki menghantar sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran dari pihak perempuan.

Antara hantaran perempuan ke lelaki, satu persalinan dan wangian Gucci, beg dan tali pinggang kulit Gucci, sejadah, manisan, buah-buahan diikuti sebentuk cincin dan sireh junjung.

Manakala hantaran lelaki ke perempuan pula ialah sireh junjung, cincin dan seutas rantai, satu set wangian Gucci Guilty, handbag Gucci, senaskhah Al-Quran, manisan coklat, buah-buahan, dan mas kahwin sebanyak RM300.

Majlis persandingan mereka berdua masih dirahsiakan dan akan diumumkan secepat mungkin.

[Image: IMG-20120401-00347.jpg]
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement
#2
selamat pengantin baru.... Winking
Reply
Thanks given by:




Users browsing this thread: 1 Guest(s)