Portalkini
Hello There, Guest! Register
Selamat datang ke Portalkini.com. Jika ini kali pertama anda melayari website ini, sila gunakan button REGISTER untuk mendaftar. Selepas mendaftar anda mempunyai akses penuh kepada thread yang telah dikunci. Jika anda sudah mendaftar, sila klik LOGIN untuk masuk. Jika terdapat sebarang permasalahan dalam pendaftaran anda boleh klik butang CONTACT. Pendaftaran adalah percuma.

NordFX

All banners display are for advertisement only. Want to put your banner here with our latest lower rate ?? Click Here


Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Balu dedah liku hidup Osama selepas peristiwa 11 Sept
#1
ISLAMABAD - Ketua kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden telah menghabiskan masa beberapa tahun di rumah agamnya selepas serangan pengganas 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS), sebelum berpindah dari satu rumah ke rumah lain yang dilihat selamat bagi dirinya di Pakistan.

Malah, ketika 'melarikan diri’ daripada buruan tentera AS sepanjang satu dekad, Osama juga menjadi bapa kepada empat orang anak.

Menurut penyiasat Pakistan, balu bongsu Osama, Amal Ahmed Abdul Fatah telah memberitahu bahawa salah seorang daripada anaknya telah dilahirkan di hospital kerajaan di Pakistan.

Hasil keterangannya itu, kini pihak polis telah mendapat gambaran lebih jelas mengenai kehidupan Osama sepanjang buruan pihak berkuasa.

Menurut satu kenyataan rasmi dikeluarkan AS, keterangan yang diberikan oleh balu Osama adalah sah dan tidak mempunyai pertikaian atau konflik mengenainya.


"Kami tidak mampu menyokong setiap keterangan yang telah diberikan oleh balu Osama, namun semakan ke atas keterangan isteri berdasarkan keterangannya tidak menimbulkan sebarang percanggahan.

"Keterangannya juga telah mengesahkan beberapa teori pihak berkuasa selama ini," katanya.

Osama dibunuh semasa serbuan ke atas sebuah rumah agam di Abbottabad awal Mei lalu.

Fateh dan dua lagi balu Osama, Khairiah Sabar dan Sabar Siham, kini berada dalam tahanan Pakistan. Mereka dijangka berhadapan dengan prosiding pemalsuan pasport dan memasuki Pakistan secara haram.

Menurut sumber, ketiga-tiga balu Osama akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung kesalahan dan pelanggaran undang-undang tersebut.

Namun menurutnya lagi, kerajaan Yaman telah menyatakan kesediaan untuk menerima Fateh kembali manakala nasib dua yang masih berada dalam tahanan tidak diketahui.

Menurut laporan polis 19 Januari lalu, Fateh telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi sebuah akhbar tempatan, Dawn yang mengatakan dia sentiasa ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat kepahlawanan yang suci.

Fateh dipetik berkata, rancangan perkahwinannya telah dibuat oleh Osama pada 2000 dan dia mengikut suaminya ke Pakistan dengan menyeberangi sempadan Afghanistan di Quetta dan pergi ke Kandahar.

Menurutnya, dia tidak dapat mengingat dengan jelas tarikh perkahwinan mereka, namun yakin telah berkahwin dengan Osama sebelum serangan 11 September.

Menurutnya lagi, dia telah hidup bersama Osama dan dua lagi madunya. Namun selepas serangan tersebut, mereka sekeluarga mula berkecai.

Dia kembali ke bandar pelabuhan selatan Karachi dengan anak sulungnya, Safia, dan tinggal di flat lapan atau sembilan bulan di bawah perancangan teratur yang telah dilakukan oleh beberapa keluarga di Pakistan dan Saad.

Mereka telah berpindah enam atau tujuh kali di Karachi sebelum bertemu semula dengan Osama di Peshawar, bandar sempadan. Kemudian mereka berpindah ke Lembah Swat di Pakistan dan tinggal di dua rumah sepanjang lapan hingga sembilan bulan.

Seterusnya, mereka telah berpindah ke Haripur, yang juga di utara Pakistan dan dia telah melahirkan anak keduanya, Aasia pada 2003, dan Ibrahim 2004 dan tinggal di hospital.

Mereka mula menetap di Abbottabad mulai 2005 selama enam tahun dan melahirkan Zainab pada 2006 dan anak bongsunya Hussain pada 2008 sebelum Osama dibunuh.

Fateh berkata, keluarganya telah diuruskan oleh keluarga Ibrahim dan Abrar yang tinggal bersama mereka semasa mereka berada di Swat, Haripur dan Abbottabad.

Dia juga berkata, beberapa ahli kedua-dua keluarga terbunuh dalam serbuan itu, seperti anak Osama yang berusia 20 tahun, Khalid.

Dalam pada itu, Fateh turut mengakui yang dia tidak pernah memohon visa semasa tinggal di Pakistan.

Ketiga-tiga balu Osama akan didakwa di mahkamah Isnin ini - berhubung kesalahan menetap di Pakistan secara haram dan jika disabitkan kesalahan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.
[Image: 468x60-cloudhosting.jpg]
Reply
Thanks given by:
Advertisement




Users browsing this thread: 1 Guest(s)